ARKIB

KATEGORI

Buletin

ETCM dan TCEAS panggil balik Nissan X-Trail 2.0L Hybrid keluaran Jun 2018 – Mei 2021

Berita Tempatan

Views

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) bersama Tan Chong Ekspres Auto Servis Sdn Bhd (TCEAS), hari ini mengumumkan panggilan balik secara sukarela model Nissan X-Trail 2.0L Hybrid bagi mempertingkatkan abah-abah ruang enjin rangkaian kuasa hibrid.

Ia melibatkan Nissan X-Trail 2.0L Hybrid (kod model T32) keluaran Jun 2018 hingga Mei 2021. Menurut ETCM, berkemungkinan rangkaian kuasa hibrid rosak akibat gangguan pada tepi enjin atau pendakap modul kawalan transmisi.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Model keluaran Jun 2021 dan seterusnya tidak terlibat dengan kempen ini. Pelanggan yang terlibat akan dimaklumkan secara terus melalui TCEAS menerusi surat, atau SMS/Whatsapp dan dinasihatkan untuk menghubungi cawangan TCEAS terdekat untuk membuat janji temu.

Memandangkan pemilikan kenderaan mungkin telah berubah selama bertahun-tahun, pemilik semasa model ini diingatkan untuk membuat janji temu dengan cawangan TCEAS yang berhampiran.

Tiada sebarang kos akan dikenakan kepada pemilik untuk upah dan peningkatan komponen yang dibuat dalam kempen ini.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Cawangan TCEAS terpilih turut melanjutkan waktu operasi dan dibuka 365 hari setahun, bagi memudahkan lagi pelanggan untuk menyelenggara kenderaan mereka pada hujung minggu dan cuti umum. ETCM dan TCEAS ingin memastikan tahap keyakinan pelanggan menjadi keutamaan.

Segala kesulitan yang timbul berikutan isu ini amatlah dikesali. ETCM dan TCEAS akan terus komited dalam memastikan keselamatan, perkhidmatan dan kepuasan pelanggan mereka berada pada tahap tertinggi.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Talian Hotline Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di 1800-88-3838.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply