ARKIB

KATEGORI

Buletin

ETCM lancar kempen Nissan Great Rewards

Berita Tempatan

Views

Bersempena dengan pengumuman lanjutan pengecualian cukai jualan oleh kerajaan Malaysia, Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) hari ini mengumumkan kempen Nissan Great Rewards yang menawarkan penjimatan cukai jualan, ansuran bulanan rendah dengan program Flexi Financing dan aksesori atau pakej penyelenggaraan yang menarik.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Almera 1.0L Turbo kini didatangkan dengan pakej aksesori Urban bernilai sehingga RM 5,500 dan tawaran pembiayaan Flexi Financing serendah RM 530 sebulan, manakala Promosi Khas Penjawat Awam menawarkan Almera 1.0L Turbo varian VL dengan harga bermula dari RM 71,906 sahaja.

‘Ibu trak’  Navara 4×4 2.5L Turbo Double-Cab ditawarkan dengan pembiayaan Flexi Financing serendah RM 960 sebulan. X-Trail pula ditawarkan dengan pakej aksesori IMPUL atau Aero Edition bernilai sehingga RM 5,600 dan pembiayaan Flexi Financing serendah RM 1,020 sebulan.

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

Serena S-Hybrid didatangkan dengan servis penyelenggaraan percuma selama 3 tahun termasuk alat ganti dan upah dan tawaran embiayaan Flexi Financing serendah RM RM 1,080 sebulan. Selain itu, anda juga boleh membuat pembelian dan tempahan model Nisaan menerusi Nissan Flagship Store di Lazada dengan yuran serendah RM 250.

Untuk maklumat lanjut, layari Bilik Pameran Dalam Talian Nissan di www.nissan.com.my atau hubungi hotline Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di 1800-88- 3838.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply