Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) dan First Energy Networks SdnBhd (FEN) telah bekerjasama dengan Bangsar Shopping Centre (BSC) untuk membina stesen pengecasan dengan peralatannya dibekalkan oleh pihak General Electric (GE).
Usaha ini dibuat selepas pembinaan dua buah Stesen Pengecasan EV FEN yang pertama di Bukit Bintang, KLCC dan pusat membeli-belah Lot 10 pada tahun lalu. Selain stesen pengecasan ketiga di Petronas Solaris, Serdang. BSC merupakan sebahagian daripada usaha pengembangan rangkaian syarikat kerana FEN mensasarkan lebih banyak pusat beli belah dan tempat awam untuk pemasangan pusat pengecasan ini. Stesen Pengecasan di BSC terletak di tempat letak kereta Level LG dan para pemilik EV boleh mengecas bateri kenderaan masing-masing menggunakan Dura Station buatan GE ketika mereka berada di pusat membeli-belah tersebut. Dura Station yang merupakan pengecaj tahap ke-2 menawarkan proses pengecasan kenderaan lebih pantas berbanding pengecas plug-in (tahap 1). Ini adalah penyelesaian ideal untuk mengecas selain di rumah kerana Dura Station mampu mengurangkan masa mengecasdari 12-18 jam kepada 4-8 jam, berdasarkan kepada bateri 24kwh dan caj sepenuhnya.
Pemasangan Stesen Pengecasan EV di Kuala Lumpur (dan di bandar-bandar lain pada masa depan) melengkapkan pengenalan kereta elektrik sepenuhnya Nissan LEAF oleh ETCM pada suku ketiga 2013. Para pemilik Nissan LEAF pada masa akan datang yang tinggal di Bangsar dan kawasan sekitarnya boleh mengecas EV mereka secara percuma sepanjang fasa pertama di BSC ketika membeli-belah, makan atau melakukan aktiviti-aktiviti lain yang disediakan di situ.
Sejak tahun lalu, ETCM telah menjalankan Program Perintis Duta Nissan LEAF untuk mewujudkan kesedaran mengenai manfaat dan aspek pemanduan kenderaan elektrik. Rakyat Malaysia yang terdiri daripada tiga kumpulan berbeza dijemput untuk memandu Nissan LEAF selama enam minggu, berkongsi pengalaman mereka dengan rakan masing-masing dan dalam media sosial.
Program Perintis Duta Nissan LEAF secara rasminya telah berakhir dengan kejayaan program tersebut serta siri jelajah di seluruh Negara. ETCM dijangka melancarkan Nissan LEAF menjelang suku ketiga tahun 2013.EV itu telah memenangi pelbagai anugerah seperti ‘Car of the Year’ di Eropah dan Jepun. Di samping anugerah ‘Green Award of the Year’ dan ‘Eco Innovation Award of the Year’ di Malaysia. Dengan enjin sifar emisinya, ia telah memulakan dimensi baharu pemotoran dalam kalangan rakyat Malaysia.
KOMEN TERKINI