ARKIB

KATEGORI

Buletin

ETCM lanjutkan kempen panggilan semula inflator beg udara Takata untuk model Frontier, Sentra dan X-Trail

Views

Berikutan pengumuman baru-baru ini yang dibuat oleh Nissan Motor Co. Ltd, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) bersama Tan Chong Ekspres Auto Servis (TCEAS) telah melanjutkan Kempen Panggilan Semula untuk inflator beg udara penumpang hadapan bagi dua lagi model keluarannya iaitu Frontier (D22) dan Sentra (N16); selain tambahan kepada model X-Trail (T30) generasi pertama. Ia melibatkan sebanyak 52,707 unit kenderaan Nissan di Malaysia terlibat dalam masalah Inflator Beg Udara Penumpang Hadapan Takata.

ModelKod ProdukTahun DikilangkanUnit yang terjejas
Frontier (CKD)D22Julai 2004 – Disember 20121,032
Sentra (CKD)*N16Jun 2000 – Disember 201248,517
X-Trail (CKD)T30Januari 2009 – Disember 20123,158
52,707

* Kenderaan Nissan Sentra (N16) yang tidak dilengkapi dengan beg udara tidak termasuk dalam kempen ini.

Walaubagaimanapun, ia tidak melibatkan Nissan X-Trail (T32) baharu yang dilancarkan pada Januari 2015 dan model-model Nissan yang dijual sekarang. Pelanggan yang terlibat akan diberitahu menerusi surat daripada TCEAS dan mereka dinasihatkan supaya menghubungi cawangan TCEAS terdekat untuk membuat temu janji. Tempoh operasi TCEAS yang terpilih juga telah dilanjutkan dan kini ia dibuka 365 hari.

ETCM juga menyediakan perkhidmatan mengganti inflator beg udara Takata semasa Karnival Pandu Uji yang diadakan pada 19 dan 20 Mei 2017 di AEON Mall Kota Bharu, Kelantan bermula jam 10 pagi hingga 10 malam. Kos buruh dan alat ganti untuk kempen servis ini adalah percuma. Pelanggan boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di talian Tol Percuma: 1800-88-3838 atau layari laman web www.nissan.com.my (klik pada ruang ‘Owners’ diikuti dengan ‘Recall Campaign’) untuk mengetahui status kenderaan Nissan mereka.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply