ARKIB

KATEGORI

Buletin

ETCM naikkan harga beberapa model Nissan terpilih

Views

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM), mengumumkan kenaikan harga untuk beberapa model Nissan terpilih sebanyak 2.8% hingga 6.7% kecuali Serena S-Hybrid, X-Trail, NP300 Navara dan NV200 berkuat-kuasa 1 April 2016. Keputusan dibuat kerana kemerosotan nilai Ringgit yang memberi kesan besar ke atas kos operasi keseluruhan syarikat.

ETCM merupakan antara syarikat automotif terakhir yang menaikkan harga kenderaan dengan mengambil langkah rasionalisasi kos dan menilai semua operasi rantaian bekalan secara keseluruhan untuk mengurangkan kesan kemerosotan nilai Ringgit.

Mengulas mengenai kenaikan harga tersebut, Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ Dr Ang Bon Beng berkata, “Kami telah melaksanakan beberapa langkah perlu untuk mengurangkan impak kemerosotan nilai Ringgit. Namun, oleh kerana tukaran wang asing yang tidak memberangsangkan dan peningkatan kos operasi yang berlanjutan, harga beberapa model terpaksa dinaikkan.”

Tambah beliau lagi, “Kami di ETCM sentiasa cuba untuk menawarkan harga yang berpatutan kepada para pelanggan dan memastikan kenaikan adalah seminimum mungkin hanya untuk beberapa model terpilih. Kami akan terus menawarkan produk dengan nilai tambah dan kualiti khidmat pelanggan paling tinggi seperti yang diharapkan oleh pengguna.”

Berikut adalah senarai harga baharu model terpilih Nissan mulai 1 April 2016.

Pendaftaran Persendirian
ModelVarianHarga OTR Lama tanpa InsuransHarga OTR Baru tanpa InsuransPerbezaan
Almera1.5E MT64,765.1268,500.003,734.885.8%
 

Grand Livina

1.5E AT67,678.3672,200.004,521.646.7%
1.5VL AT77,389.1282,000.004,610.886.0%
1.6L MT83,974.9287,100.003,125.083.7%
 

X-Gear

1.6L AT87,024.4091,100.004,075.604.7%
1.8L AT96,574.42102,800.006,225.586.4%
1.6L AT87,026.1391,100.004,073.874.7%
Teana200XE133,284.55137,000.003,715.452.8%
 

Almera

200XL143,318.84147,500.004,181.162.9%
250XV162,699.65167,500.004,800.353.0%
1.5E MT64,765.1268,500.003,734.885.8%
the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply