ARKIB

KATEGORI

Buletin

ETCM Penaja Kenderaan Rasmi untuk Future Music Festival Asia 2013

Views

156997_523327511038873_1470698004_n

* gambar sekadar hiasan

Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) menjadi penaja kenderaan rasmi untuk acara Future Music Festival Asia 2013 (FMFA 2013), yang merupakan festival muzik terbesar di Asia Tenggara.

Bertindak selaku acara pembukaan rasmi bagi Formula One Grand Prix Malaysia pada tahun ini, festival muzik tersebut mencetuskan gegaran pada 15 hingga 16 Mac di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Beberapa buah kenderan Nissan digunakan untuk membawa selebriti-selebriti daripada bilik rehat mereka ke kawasan persembahan pentas yang berada di sekitar Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

ETCM juga diberi kelebihan untuk mempamerkan sedan global paling larisnya, Nissan ALMERA; Nissan X-GEAR dan kereta elektrik sepenuhnya sifar emisi, Nissan LEAF di salah satu festival muzik terbesar yang pernah diadakan di Asia Tenggara.

“Menjadi sebahagian daripada festival muzik yang memenangi anugerah ini memang satu penghormatan besar buat kami, dalam usaha menyokong inisiatif kerajaan mempromosikan industri pelancongan di Malaysia,” kata Pengarah Eksekutif Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd., Dato’ Dr Ang Bong Beng.

Sempena festival muzik ini, ETCM turut menghadiahkan 15 pasang tiket FMFA 2013 kepada peminat Nissan bertuah yang mengambil bahagian dalam peraduan di laman Facebook Nissan. Apa yang perlu mereka lakukan hanyalah menghasilkan pos paling kreatif menggunakan perkataan “Nissan LEAF” & “Future”.

Festival muzik yang memenangi anugerah ini dijangka menjadi acara muzik termahal pernah diadakan di Malaysia. Dengan kos produksi mencecah RM10 juta, ia menawarkan muzik paling mengujakan daripada pelbagai genre.

Pada Mac 2012, festival muzik ini berjaya menarik lebih 25,000 orang pengunjung. Bagi acara kali kedua ini, seramai lebih 40,000 peminat muzik tempatan dan antarabangsa dijangka membanjiri Litar Antarabangsa Sepang selama dua hari untuk menyaksikan artis-artis terkenal seperti PSY, Rita Ora, Fun., The Prodigy, Armin Van Buuren, serta lebih 40 artis antarabangsa dan tempatan yang lain.

Dianjurkan oleh Future Entertainment Australia dan Livescape Asia Sdn. Bhd., FMFA 2013 adalah sebahagian daripada inisiatif untuk memulakan kempen promosi Tahun Melawat Malaysia 2014 dengan berkesan. Festival ini dilihat sebagai daya penarik utama pelancongan yang berupaya menarik minat para peminat muzik dari negara-negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Thailand. Selain negara-negara lebih jauh seperti Australia, India, malah Eropah.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply