ARKIB

KATEGORI

Buletin

ETCM rasmi Pusat 3S Nissan di Miri

Views

Pusat 3S Nissan ke-21 di Malaysia yang terletak di Miri telah dirasmikan oleh Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) hari ini. Upacara perasmian telah disempurnakan oleh Datuk Bandar Miri, Yang Berbahagia Lawrence Lai Yew Son dan diiringi oleh Pengarah Eksekutif ETCM, Yang Berbahagia Dato’ Dr Ang Bon Beng.

Pusat 3S terbaharu itu dibina dengan pelaburan mencecah RM1 juta dan berkeluasan 18,648 kaki persegi. Bilik pamerannya mampu menempatkan sehingga enam(6) buah kenderaan pada satu-satu masa. Pusat servisnya pula mempunyai lima (5) ruang penyelenggaraan dengan kapasiti servis sehingga 30 buah kenderaan sehari.

Ia dikendalikan oleh 20 orang kakitangan jualan profesional bertauliah dan enam (6) orang juruteknik terlatih. Antara kemudahan lain yang turut disediakan ialah sebuah lounge dan bar minuman, bersama sambungan WiFi.

Berucap pada majlis tersebut, Dato’ Ang berkata, “Kami berpegang kepada falsafah untuk menawarkan keselesaan dan kemudahan kepada pelanggan, serta pengalaman pemilikan kenderaan Nissan yang lengkap di Miri. ETCM berbangga kerana dapat melabur di bandar ini demi memastikan Nissan mudah diakses oleh para pelanggan.”

Sehingga kini, ETCM mempunyai rangkaian 100 buah bilik pameran yang ekstensif melibatkan pengedar dan 60 bengkel Tan Chong Express Auto Service di seluruh negara.

01 Miri 3S Centre_Exterior 02 Miri 3S Centre_Interior 03 Miri 3S Centre Launch_Speech by DDABB 04 Miri 3S Centre Launch_Ribbon Cutting Ceremony

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply