ARKIB

KATEGORI

Buletin

ETCM TERIMA “ANUGERAH GLOBAL NISSAN 2013 NISSAN” UNTUK EMPAT TAHUN BERTURUT-TURUT

Views

Group photo of the senior management

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) berbangga untuk mengumumkan bahawa ia telah menerima pengiktirafan “Anugerah Global Nissan 2013” yang sebelum ini dikenali sebagai “Juara Pengedar Nissan” daripada Nissan Motor Co. untuk empat tahun berturut-turut sejak 2010. Pengiktirafan ini menjadi bukti kepada kesungguhan ETCM untuk mencapai kecemerlangan dalam perniagaan automotif.

Dalam ucapan tahniahnya, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif  Nissan Motor Co. Ltd., Carlos Ghosn berkata, “Anugerah Global Nissan adalah bukti kerja-kerja keras dan dedikasi pasukan anda demi mencapai prestasi cemerlang. Di sebalik cabaran-cabaran yang terpaksa ditempuhi oleh industri kita dan bersaing bersama lebih 130 Syarikat Jualan Nasional (NSC), anda berjaya mencatat jualan, pertumbuhan dan keuntungan yang mengagumkan.”

Dalam ucapan berlainan, Naib Presiden Eksekutif  Nissan Motor Co. Ltd., Takao KATAGIRI menyatakan bahawa ETCM adalah pemenang dalam Pasaran Kumpulan B (TIV saiz yang melebihi 100,000 kenderaan) di 2013 Anugerah Global Nissan. ETCM telah mempamerkan pencapaian di luar dugaan dalam pelan perniagaannya dari segi jualan kereta baharu dan kepuasan pelanggan dengan menampilkan peningkatan perkongsian pasaran yang ketara berbanding tahun sebelumnya. ETCM terbukti menjadi NCS yang terbaik antara yang terbaik di peringkat global.

ETCM merupakan pengedar tunggal kenderaan Nissan di Malaysia sejak tahun 1957. Ia sentiasa fokus untuk menawarkan pelanggannya dengan perkhidmatan dan sokongan selepas jualan pada standard paling tinggi. Selain menawarkan produk-produk inovatif Nissan, ia juga terus komited untuk memberikan para pelanggan pengalaman pemilikan kenderaan yang memuaskan.

Anugerah Global Nissan 2013 mengiktiraf sumbangan besar terhadap ‘KuasaJualan’ Nissan yang merupakan salah satu daripada enam tiang utama Pelan Tempoh Sederhana Nissan yang dikenali sebagai‘Nissan Power 88’. Pelan ini bermatlamat untuk mencapai perkongsian pasaran global sebanyak 8% di samping meningkatkan keuntungan operasi korporat kepada 8% menjelang tahun 2016.

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply