ARKIB

KATEGORI

Buletin

EV hibrid pertama Perodua pada 2024, EV pertama Proton dijangka pada 2027- Penganalisis

Berita Tempatan

Views

Pengguna akan mempunyai lebih banyak pilihan kenderaan elektrik (EV) apabila beberapa model baharu bakal diperkenalkan di Malaysia pada 2023, sekali gus berpotensi menjadi galakan kepada penggunaan kereta sedemikian dalam kalangan rakyat.

Menurut Berita Harian, peralihan kepada EV adalah salah satu langkah kerajaan dalam mencapai hasrat menjadikan negara rendah karbon pada masa depan.

Penganalisis RHB Investment Bank Bhd, Jim Lim Khai Xhiang, berkata segmen EV masih positif dan menarik dengan dijangkakan lebih banyak EV akan ditawarkan pada peringkat tempatan pada tahun depan.

Beliau berkata, antara yang akan memperkenalkan kenderaan EV baharu adalah daripada pengeluar China seperti Atto 3 keluaran BYD dan Ora Good Cat daripada Great Wall Motor.

Katanya, Bermaz Auto Bhd dan Sime Darby Motors turut mempunyai pilihan EV yang paling banyak dan ini memberikan mereka kelebihan untuk menarik penggunaan EV yang semakin meningkat pada peringkat tempatan serta serantau selain BMW yang dijangka akan menawarkan EV i7 dan i5, di samping XM hibrid pemalam.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Sementara itu, BYD sedang menerima beribu-ribu pesanan bagi Atto 3 manakala Bermaz pula akan melancarkan EV Peugeot e-2008 baharu dan KIA PBV1. Toyota juga akan memperkenalkan EV bateri pertamanya, bZ4X.

Pihaknya juga menjangka untuk melihat kenderaan baharu di atas jalan raya, seperti Ora Good Cat keluaran Great Wall Motors.

Walaupun belum bersedia untuk 2023, Perodua akan memperkenalkan EV hibrid pertamanya pada 2024 dan Proton dijangka melancarkan EV pertamanya pada 2027.

Khai Xhiang berkata, kemunculan positif EV ini adalah disebabkan kekangan rantai bekalan bukan lagi isu utama dalam industri automotif kerana kekurangan cip automotif semakin reda di peringkat global.

Beliau berkata, pada peringkat domestik, kebanyakan pengeluar berjaya mendapatkan semikonduktor dan komponen yang diperlukan.

Perkara ini, katanya terbukti apabila jenama kereta kebangsaan menjana pengeluaran pada kapasiti hampir penuh dalam beberapa bulan ini dan tahap ini mungkin akan diteruskan dalam tempoh akan datang.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Katanya, ini kerana pengeluar ingin mengejar untuk memenuhi pesanan tanpa cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebelum hujung Mac 2023. Hanya Tan Chong Motor, Bermaz dan Sime Darby Motors sedang mengalami kekurangan bekalan.

Dengan sekatan COVID-19 yang semakin longgar di China, pihaknya berfikir sebarang kesesakan rantaian bekalan akan terus pulih.

Mengenai jumlah keseluruhan industri (TIV) bagi 2023, Khai Xhiang berkata, jumlah TIV pada tahun depan mungkin menyusut kepada 600,000 daripada jangkaan 700,000 unit pada 2022.

Beliau berkata, anggaran penurunan 14 peratus itu adalah berdasarkan pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan pada 2023 dan ketiadaan pengecualian SST.

Jumlah unjuran TIV pada 2023 itu mengambil kira jumlah yang besar pada suku pertama tahun depan ketika pengeluar berkejar untuk memenuhi pesanan pengecualian SST sebelum hujung Mac 2023.

Sebagai rumusan, Persatuan Automotif Malaysia (MAA) meramalkan TIV 2022 sebanyak 630,000 unit manakala 2023 pada 636,000 unit. TIV untuk 11 bulan pertama 2022 kini sebanyak 642,000 unit.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply