ARKIB

KATEGORI

Buletin

EV mampu milik: Rakyat Malaysia kena tunggu tiga hingga empat tahun lagi

Berita Tempatan

Views

Rakyat Malaysia mungkin perlu menunggu sekitar tiga hingga empat tahun lagi sebelum dapat menyaksikan kehadiran kenderaan elektrik (EV) yang bersifat lebih mampu milik di pasaran tempatan.

Pengarah Kanan Pembangunan Industri, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Hanafi Sakri berkata, pihaknya melihat pengeluar kenderaan tempatan seperti Proton dan Perodua bakal membawakan model EV yang lebih mampu milik untuk rakyat.

Mengakui pasaran EV kini sememangnya di dominasi oleh kenderaan mahal yang tidak mampu dimiliki oleh sebahagian besar daripada populasi, beliau menjelaskan secara dalaman memang ada perbincangan dengan pengeluar tempatan berhubung hal berkenaan.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

“Kami menjangkakan mereka akan membawa kertas cadangan kepada kami dan dari situ, kami akan lihat bagaimana untuk membantu. Harapnya dalam tempoh tiga hingga empat tahun, hal ini dapat direalisasikan.

“Tanpa model yang mampu milik, saya berpandangan kita tidak akan mampu beralih daripada kenderaan yang menggunakan enjin pembakaran dalaman kepada EV,” katanya.

Berdasarkan Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030, Malaysia menyasarkan jualan kenderaan dielekrifikasi, termasuk hibrid mencapai sekurang-kurangnya 15 peratus daripada jumlah keseluruhan industri (TIV) menjelang 2030, sebelum mencapai paras 38 peratus pada 2040.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Menjelang 2025, kerajaan menyasarkan untuk menyediakan 10,000 fasiliti pengecasan EV, dengan 10 peratus daripadanya adalah daripada jenis arus terus yang mampu memberikan kadar pengecasan yang lebih pantas.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, ­Roslan Abdullah ketika sesi perbincangan panel mengenai daya saing pasaran pembangunan EV di Malaysia berkata, pihaknya bakal melancarkan EV pertamanya melalui jenama smart menjelang suku keempat tahun ini.

Katanya, bagi menjadikan model ini kompetitif bersaing di pasaran, perkara paling penting ialah daripada segi harga selain ciri-ciri dan perkhidmatan yang boleh ditawarkan kepada pelanggan. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TM

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply