ARKIB

KATEGORI

Buletin

EV mini JAC E10x ‘langsung tak dapat bintang’ dalam ujian Latin NCAP!

Berita Global

Views

Laman Facebook rasmi Program Penilaian Kereta Baharu untuk Amerika Latin (Latin NCAP), menerusi hantarannya beberapa hari yang lalu memaklumkan, EV mini dari China, JAC E10x muncul sebagai kenderaan elektrik (EV) yang pertama memperoleh penarafan daripada badan tersebut.

JAC E10x atau e-JS1/E-S1 yang dipasang di Mexico telah mendapat penarafan 0-Bintang. Model tersebut telah dinilai menerusi perlanggaran dari arah hadapan, sisi, cambuk serta perlindungan pejalan kaki.

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai

Impak hentaman dari hadapan menunjukkan struktur yang tidak stabil, juga untuk kawasan kaki. Perlindungan untuk dada pemandu pula adalah lemah.

Ini bermakna, ada kemungkinan besar kecederaan yang mengancam nyawa, sekali gus menjurus kepada sifar mata dalam perlanggaran hadapan untuk keselamatan penumpang dewasa.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Sistem pemotongan kuasa kecemasan bagi mengelakkan risiko nyahcas elektrik selepas perlanggaran telah mengalami kegagalan dalam ujian perlanggaran hadapan.

Lantas, ia mewujudkan bahaya tambahan serta serius, dan ini tidak boleh diabaikan. Model ini juga tidak dilengkapi dengan sistem kawalan kestabilan elektronik (ESC) secara standard (hanya ditawarkan sebagai pilihan).

Kehausan tayar semasa ujian ESCnya juga sangat teruk, sehingga pada satu ketika penilaian terpaksa dihentikan dan ini memburukkan lagi keadaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Latin NCAP

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply