ARKIB

KATEGORI

Buletin

EV6 pamer falsafah reka bentuk baharu KIA

Berita Global

Views
The Kia EV6|Brand Manifesto

KIA telah mempertontonkan foto rasmi model elektrik pertama mereka, EV6 yang juga kenderaan elektrik bateri pertama keluarannya. Ia dipertontonkan lebih awal bagi menyemarakkan lagi detik pelancaran rasminya yang dijangka pada penghujung bulan ini.

Spesifikasi teknikalnya juga masih lagi dirahsiakan dan model ini berkongsi pelantar Electric-Global Modular Platform (E-GMP) yang turut digunakan oleh sepupunya, Hyundai Ioniq 5. Model ini juga memperlihatkan falsafah reka bentuk baharu KIA, “Opposites United” yang bakal diserapkan kepada model-model baharu pada masa depan.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Falsafah ini berteraskan lima tunjang reka bentuk, iaitu ‘Bold for Nature’, ‘Joy for Reason’, ‘Power to Progress’, ‘Technology for Life’, dan ‘Tension and Serenity’. Reka bentuk hadapan EV6 menampilkan bentuk lampu hadapan dan lampu siang LED yang lebih garang, membentuk ‘Rupa Harimau Digital’.

Tiada lagi jeriji ‘hidung harimau’ seperti yang digunakan pada model sebelum ini dan reka bentuk keseluruhan model ini kelihatan lebih ringkas, moden dan padu. Sekilas pandang ia seakan model Volkswagen versi K-Pop dari arah depan.

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut

Di belakang, ia menampilkan rekaan lampu LED yang halus serta bersambung dan perinciannya lampunya kelihatan agak kompleks. Kesinambungan reka bentuk luaran turut berterusan ke ruang kabin yang sangat minimalis dan futuristik.

Kami cukup tertarik pada rekaan papan pemuka yang begitu ringkas dengan kehadiran paparan skrin berwarna yang besar dan memanjang. Skrin melengkung tersebut membentuk kelompok meter digital serta unit infohiburan serta navigasi.

Reka bentuk stereng dua-jejari direka dengan cukup kemas dan menampilkan logo baharu KIA. Apa yang menarik, unit kawalan pendingin hawa menggunakan butang sesentuh yang memberikan maklum balas haptik. Selain itu, menurut KIA, tempat duduk EV6 telah dihasilkan dengan bahan plastik kitar semula.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung
JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply