ARKIB

KATEGORI

Buletin

Evolusi Satria Neo

Views

Seperti yang kita sedia maklum Proton bakal menamatkan pengeluaran model Satria Neo pada penghujung tahun ini. Ini merupakan suatu berita yang amat mendukacitakan peminat-peminat kereta hatchback 3 pintu ini yang boleh dianggap model ikonik bagi jenama Proton.

Walaupun pasaran kereta 3 pintu seperti ini amat kurang berbanding kereta 5 pintu yang lebih praktikal dan mesra pengguna model tersebut masih ada peminat tegarnya yang tersendiri. Mungkin Proton boleh menghidupkan semula legasi Satria Neo dengan rekabentuk baharu yang lebih segar serta boleh mempertimbangkan untuk menjadikannya hatchback 5 pintu sebagai pasaran utama manakala versi hot-hatch masih perlu dikekalkan dengan 3 pintu.

evolusi satria neo 2

Bagi pereka muda berbakat besar seperti Najmi Rosdi, beliau telah berkongsi hasil karyanya dengan funtasticko.net mengenai rekabentuk model Satria Neo pada masa hadapan. Dengan menjadikan beberapa model Proton generasi baharu seperti Preve, Suprima dan Iriz sebagai penanda aras untuk mendapatkan kesinambungan dalam rekaan dan mengekalkan bahasa rekaan Proton, hasil cetusan idea anak muda ini cukup mengagumkan.

Rekaannya masih bertemakan ‘timeless design’ yang mengutamakan gaya minimalis seperti model keluaran luar negara seperti Ford, VW dan Audi. Rekaan sebegini tidaklah sebegitu radikal dan terlalu futuristik, namun ia akan lebih kekal lebih lama dan segar walaupun telah lama berada di atas jalan raya.

evolusi satria neo 4

Beliau juga membuat kajian mengenai rekaan dua model Satria sebelum ini, Satria (generasi awal) dan Satria Neo. Karekter asal rekaan Satria sebagai rekaan kereta sport dua pintu hadapan masih dikekalkan. Rekaan lampu hadapan yang unik yang bersambung dengan jeriji krom memanjang secara tidak menampakkan ia adalah sebuah jelmaan baharu Proton Satria.

Diharapkan pihak Proton akan meneruskan evolusi Satria Neo supaya model ikonik ini tidak menjadi sebahagian daripada sejarah yang hanya menjadi tatapan generasi akan datang di galeri Proton. Mungkin Proton lebih arif dalam hal ini, siapa tahu model pengganti Satria Neo akan ada dalam perancangan masa hadapan mereka selepas enjin NE01, GDI dan TGDI siap kelak!

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

evolusi satria neo 5 evolusi satria neo 6 evolusi satria neo 3

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

12 Comments


  • Mungkin proton boleh neo kan suprima pada mase depan. Tak tau sbb ape tp teman rase naik suprima ade perbezaan banding dgn preve. Tak ade bunyi2 dashboard dan ade feeling2 sporty sket. Mgkn perasaan teman je kot. Heh


  • satria neo has the looks , thts all,

    old satria mitsubishi engine . the rear seat is much longer and comfortable for adult , but not in satria neo , rear seat i very tight and not suitable for adult…..

    i can accept hatch back 4 door but not satria neo 2 door based,

    the power doesnt tally with the body , power tak setanding dengan luaran dan body,

    power wise it is just something similar ,waja cps , gen2 cps , saga flx 1.6 se , persona ,
    the weight also not much different

    kalau power dia macam cfe engine+manual , atau supercharger as standard ,
    walaupun lebih kecil , ada sebab nak beli ,


    • Satria neo dikatakan dalam kategori B-segment.. Mungkinkah pengganti Satria neo masih mengekalkan hot hatch tiga pintunya dalam segment-B ataupun dinaik taraf kepada C-segment atau pun D-segment.. Bergantung kepada survey pemilik Dan bekas pemilik satria itu sendiri.. “Keluasa Dan keselesaan” ataupun “sporty and agility”..


    • 5 pintu hatchback sudah ada Iriz(B-segment) Dan Suprima S(C-segment).. Rasanya Neo kekalkan 3 pintu sport berpreatasi tinggi sepatutnya..


  • satria & satria neo adalh ikon proton..
    Satria Neo 5 pintu bknlah ‘dosa’ besar aku rasa..tp ya Suprima sudah ada..
    Mgkin wajar ditangguh dulu project ni..


  • stakat nak buat neo balik pastu rosak sana sini lebih baik tak payah la….cukupla masalah ngan neo gen skang..minyak makan banyak..fog lamp terbakor je…jerking la…indicator lekat la…jgn nyusahkan masyarakat…nak jual kat org buat race jer la…jual body jer..takde la bunyi mcm2

Leave a Reply