Malang tak berbau. Kisah ini telah dikongsikan oleh pemilik akaun Facebook bernama Izan Jan ke group pemilik Proton Exora, EOCM (EXORA OWNERS CLUB MALAYSIA) sejak semalam. Setakat artikel ini ditaip, ia telah menerima sebanyak 228 komen dan 39 perkongsian di media sosial.
Kata Izan Jan, semalam isterinya parkir kereta seperti biasa selepas mengambil anak mereka pulang dari sekolah. Enjin Exora Bold tahun keluaran 2013 milik mereka telah pun dimatikan.
Kira-kira setengah jam kemudian, jiran memberitahu isterinya yang berada dalam rumah pada ketika itu yang kereta mereka terbakar dan api semakin marak.
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
Lantas si isteri terus menghubunginya dan dia terus bergegas pulang dari tempat kerja. Setibanya di rumah dia mendapati api telah pun dapat dipadamkan sepenuhnya oleh pihak bomba dengan bantuan jiran.
Kata Izan Jan, mujurlah isterinya tidak membawa anak mereka ke tempat lain pada masa itu, jika tidak mungkin situasi akan menjadi lebih buruk. Tambahnya, Exora Bold itu masih standard tanpa sebarang modifikasi.
Jelasnya, tiada sebarang petanda ganjil sebelum kejadian tersebut berlaku. Walaubagaimanapun, dia reda dengan apa yang telah terjadi dan masih menunggu laporan penuh dari pihak bomba untuk membuat tuntutan insurans.
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
Tambah Izan Jan di ruangan komen, menurut siasatan awal dari pihak bomba, kebakaran dikatakan berpunca daripada litar pintas di bahagian enjin berkemungkinan dari bateri.
Ada warganet di bahagian komen berkata, hos minyak belakang throttle body model Exora Bold keluaran 2012 dan 2013 lama-kelamaan akan bergesel dan bocor. Jika ia bocor, petrol menitis atas ekzos di bawah throttle body dan boleh mengakibatkan kebakaran.
Dia menasihatkan pemilik supaya memeriksa komponen itu dan katanya, ramai yang sudah membalut hos minyak tersebut. Tambahnya, sebelum ini sudah ada pemilik yang tularkan perkara berkenaan di group berkenaan.
Kami berharap Izan Jan tabah dengan dugaan ini dan dipermudahkan segala urusan.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Izan Jan
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
KOMEN TERKINI