ARKIB

KATEGORI

Buletin

Exxon Mobil lantik mantan CEO Petronas sebagai ahli lembaga pengarah

Berita Tempatan

Views

Mantan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin, dilantik sebagai ahli lembaga pengarah syarikat tenaga yang berpangkalan di Texas, Amerika Syarikat (AS), Exxon Mobil.

JOM BACA >> ATM bakal peroleh ‘Humvee’ buatan Malaysia dari Cendana Auto?

Astro AWANI melaporkan, dalam satu kenyataan, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Exxon Mobil, Darren Woods, yakin penyertaan Wan Zulkiflee yang berpengalaman luas bakal menjadi pelengkap kepada barisan lembaga pengarah syarikat minyak AS itu.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Woods memuji kejayaan Wan Zulkiflee ketika mengetuai Petronas terutamanya menerusi pertumbuhan strategik dan inisiatif yang meningkatkan kecekapan syarikat, serta penglibatan Petronas dalam bidang kimia. Malah, CEO syarikat yang tersenarai dalam S&P 500 di Wall Street itu menyentuh mengenai kejayaan Petronas yang merekodkan keuntungan kukuh sepanjang berada di bawah kepimpinan Wan Zulkiflee.

Wan Zulkiflee sebelum ini melepaskan jawatan nombor satu dalam syarikat petroleum negara sebelum kontraknya berakhir. Beliau kemudian ditugaskan sebagai Pengerusi Malaysia Airlines setelah menamatkan khidmat di Petronas selama 37 tahun. Individu yang mengantikannya di Petronas ialah Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit The Mole

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply