ARKIB

KATEGORI

Buletin

EZ-Link dan Touch ‘N Go perkenalkan kad Combi dwi-matawang

Berita Tempatan

Views

Dalam satu kenyataan menerusi laman sesawang rasminya, EZ-Link Pte Ltd (Singapura) telah mengumumkan kerjasama Touch ‘N Go Sdn Bhd untuk memperkenalkan kad akses pengangkutan awam dwi-matawang yang boleh digunakan di Malaysia dan Singapura yang dinamakan Kad Combi. Pengumuman ini adalah susulan daripada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara EZ-Link dan Touch ‘n Go pada 30 Julai 2017.



JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?

Kad seumpama ini adalah yang pertama di Asia Tenggara dan ia membolehkan pengguna membayar perkhidmatan pengangkutan awam di kedua-dua negara tersebut dengan hanya menggunakan satu kad sahaja. Ketua Pegawai Eksekutif EZ-Link, Nicholas Lee berkata, kad EZ-Link dan Touch ‘n Go telah menjadi teman harian warga Singapura dan Malaysia sejak beberapa dekad lalu.

EZ-Link sangat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Touch ‘n Go bagi memastikan rakyat kedua-dua negara dapat membuat bayaran dengan lebih mudah, sebagai contoh membayar harga jalan secara elektronik di Singapura, membayar tol dan pakir di Malaysia, membeli-belah dan makan dengan hanya satu kad pada masa depan.

JOM BACA >> Daihatsu sedang persiapkan DN-Trec versi produksi – Adakah ia bakal calon pengganti Perodua Kembara?

Syahrunizam Tan Sri Samsudin, Ketua Pegawai Eksekutif Touch ‘n Go pula berkata, kerjasama dengan EZ- Link adalah merupakan salah satu daripada inovasi Touch ‘n Go Sdn. Bhd untuk memberi faedah pembayaran tanpa tunai ke pasaran yang lebih luas. Sinergi antara kedua-dua syarikat ini untuk menghasilkan kad kombi dwi-matawang rentas sempadan ini mampu melancarkan urusan transaksi harian warga Malaysia dan Singapura dengan lebih pantas, mudah dan selamat.

JOM BACA >> Bilakah Proton Iriz dan Persona facelift akan dilancarkan?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply