ARKIB

KATEGORI

Buletin

Fakta menarik mengenai Lotus Evora Sport 410

Views

Lotus akhirnya memperkenalkan Evora Sport 410 selepas program pembangunan rapi sejak ia membuat kemunculan pertama di Geneva. Model ini masih mengekalkan DNA dan falsafah Lotus, dengan badan yang lebih ringan, lebih berkuasa dan peningkatan ketara dalam kecekapan aerodinamik. Ia sekaligus menjadikan generasi baharu Evora ini bakal pewaris kepada model ikonik sebelumnya seperti  Esprit Sport 300.

Apa yang menarik mengenai model ini?

  • Evora Sport 410 adalah hasil pembangunan selama ribuan jam oleh Lotus, meliputi segala aspek.
  • Direka untuk kegunaan di litar dan jalan.
  • Lebih stabil pada kelajuan tinggi dan pengendalian yang tiada tandingan.
  • Mampu memecut dari 0-60 mph hanya dalam 3.9 saat.
  • Beratnya susut lebih 70 kg, hasil penggunaan komponen gentian karbon buatan tangan.
  • Kelajuan maksimumnya mencecah 190 mph (305 km/h) dan masih mampu melekat di atas jalan.
  • Enjin 3.5-liter enam-silinder Evora Sport 410 mempunyai output yang lebih tinggi dan mampu menjana 410 hp pada 7000 rpm dan 410 Nm daya kilas pada 3500 rpm.
  • Telah diuji di litar Nürburgring Nordschleife yang sememangnya cukup terkenal sebagai tapak ujian kereta berprestasi tinggi.
  • Ditawarkan dalam dua pilihan transmisi, enam-kelajuan manual yang menampilkan roda tenaga inertia-rendah (low-inertia flywheel) serta LSD dari jenis Torsen.
  • Transmisi automatik enam-kelajuan pula menggunakan kotak gear dengan ECU yang dioptimakan.
  • Penampilan ciri Lotus’ Dynamic Performance Management (DPM) yang boleh diaktifkan melalui suis pada papan pemuka, dengan pilihan tetapan ‘Sport’ dan ‘Race’.
  • Hanya ditawarkan dalam konfigurasi 2+0 (dua tempat duduk sahaja).
  • Pengeluaran globalnya terhad kepada 150 unit kenderaan setahun.

Lotus Evora Sport 410 akan mula dijual di Eropah dan lain lain bermula dari sekarang. Versi untuk pasaran Amerika Utara pula akan menyusul pada musim panas 2017.

Harga runcit yang dicadangkan pengeluar

UK (Pound Sterling)£82,000 (RM423,000)
Jerman (Euros)€108,500 (RM504,500)
Jepun (¥ Yen)¥15,000,000 (RM610,000)

Spesikasi Teknikal:

PRESTASIMANUALAUTOMATIK
Kuasa Maksimum410 hp (416 PS, 306 kW) at 7000 rpm
Tork Maksimum410 Nm (302 lbft) at 3500 rpm
0-60 mph4.0 saat3.9 saat
0-100 km/h4.2 saat4.1 saat
Kelajuan Maksimum190 mph (305 km/h)177 mph (285 km/h)
Penggunaan Bahan api mpg (l/100 km)
Bandar

Luar Bandar

Gabungan

20.8 (13.6)

38.7 (7.3)

29.1 (9.7)

20.0 (14.1)

39.8 (7.1)

29.1 (9.7)

Emisi CO225 g/km230 g/km
Berat Kerb1,325 kg1,336 kg
Berat Kering – tanpa ekzos titanium (dengan ekzos titanium)1,280 kg (1,270 kg)1,291 kg (1,281 kg)
Downforce Aerodinamik pada 100 mph18 kg18 kg
Downforce Aerodinamik pada kelajuan maksimum64 kg60 kg

KLIK UNTUK BESARKAN

attf06d3 attf06d4 attf06d5 attf06d6 attf06d7 attf06d8 attf06d9 attf06da attf06db attf06dc

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

3 Comments


  • Saga coupe 2 pintu denga enjin 1.2L T-GDI 120+ps dah boleh jadi micro sport car..
    Perdana coupe 2 pintu (Putra) dengan enjin 2.0L T-GDI 220+ps dah boleh jadi sport car..
    Rebadge Evora dengan enjin 2.2L T-GDI 300+ps dah boleh jadi pure sport car mid-engine.. Harga pun tak semahal Evora sport 410..


  • Evora Sport 410.. Pengeluaran globalnya terhad kepada 150 unit kenderaan setahun.. Terlalu terhad, menyebabkan model ini terlalu rare di jalan raya.. Dibandingkan dengan Porsche 918 Spyder, Evora Sport 410 adalah lebih terhad dan rare..

Leave a Reply