Toyota secara rasminya melancarkan Land Cruiser siri 300 terbaharu dan menurut mereka, tedapat dua objektif utama dalam pembangunan SUV tersebut. Yang pertama adalah “mewarisi dan mengevolusikan” semangatnya untuk “keandalan, ketahanan, dan prestasi off-road, manakala yang kedua adalah untuk mewujudkan pengalaman pemanduan yang mampu mengatasi segala jenis permukaan jalan.
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
Dari segi reka bentuk luaran, Toyota masih mengekalkan rekaan konvensional dengan menyuntik elemen moden seperti penggunaan lampu depan jenis LED yang bersambung antara jeriji bersaiz besar. Boleh dikatakan, hampir keseluruhan rekaan luaran model ini dipengaruhi oleh unsur yang berbentuk petak atau kotak.
Berikut adalah fakta ringkas menarik tentang Toyota Land Cruiser generasi baharu:
- Dibangunkan dari pelantar baharu TNGA-F yang berasaskan Toyota New Global Architecture (TNGA).
- Casis yang digunakan adalah lebih ringan dan tegar.
- Pusat gravitinya kini lebih rendah, manakala beratnya telah berjaya dikurangkan hampir 200 kg.
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
- Ramai pemandu telah menguji SUV ini, termasuklah pelumba Rali Dakar bagi memastikan kemampuannya di atas jalan mahupun off-road.
- Dari segi dimensi, Land Cruiser generasi baharu berukuran 4,990 mm panjang, 1,980 mm lebar, 2,850 mm jarak antara gandar.
- Dilengkapi dengan Sistem Suspensi Dinamik Elektronik (E-KDSS) yang pertama seumpamanya di dunia bagi meningkatkan cengkaman pada permukaan jalan.
- Pilihan dua enjin turbo-berkembar V6 – enjin 3.5-liter V6 petrol yang menjana 409 kuasa kuda dan 650 Nm daya kilas, manakala enjin 3.3-liter V6 dieselnya pula mampu menghasilkan 304 kuasa kuda dengan daya kilas lebih tinggi, 700 Nm. Kedua-duanya dipadankan dengan transmisi automatik 10-kelajuan.
- Versi GR Sport akan turut ditawarkan, namun masih belum ada perincian lanjut mengenainya buat masa ini.
- Dilengkapi dengan ciri keselamatan standard, Toyota Safety System dengan tambah dua lagi fungsi, ciri pengesan kenderaan dan pejalan kaki ketika di simpang dan yang kedua, ia membantu anda untuk menghindari kemalangan.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k
KOMEN TERKINI