ARKIB

KATEGORI

Buletin

Faktor cuaca, kecuaian punca nahas kenderaan pengangkut bawa kereta perisai

Berita Tempatan

Views

Dua faktor dikenal pasti sebagai antara punca utama kemalangan Kenderaan Pengangkut Kereta Perisai (KPKP) terbabas di Kilometer (KM) 35.3 Lebuhraya Karak, pada 7 November lalu.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata, dua faktor tersebut melibatkan elemen cuaca dan kecuaian pemandu.

Beliau berkata, dapatan itu dirumuskan berdasarkan laporan lembaga siasatan yang baru dilengkapkan baru-baru ini. Kata beliau, siasatan juga merumuskan tiada unsur sabotaj atau cubaan khianat dalam insiden tersebut.

“Siasatan baru sahaja diselesaikan oleh lembaga siasatan bagi kes kemalangan tersebut dan dapatan siasatan mendapati faktor cuaca menyebabkan jalan licin.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

“Dengan momentum (kelajuan) dan berat kenderaan itu yang membawa muatan dua buah kereta perisai, ia juga menjadi sebahagian faktor berlakunya kemalangan.

“Bagaimanapun ada juga unsur-unsur kecuaian yang disebabkan oleh kelajuan yang melebihi had sepatutnya dan tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma Pertahanan, di sini pada Jumaat.

Hadir sama Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Muhammad Huzaimi Sabri. Mengulas lanjut, Muhammad Hafizuddeain berkata, tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil ke atas individu yang didapati cuai sehingga mengakibatkan kemalangan berkenaan.

Menurut beliau, setiap pergerakan konvoi Tentera Darat Malaysia (TDM) perlu mematuhi SOP yang digariskan bagi mengelakkan perkara tidak diingini.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Jelas beliau, ia bagi mengelakkan kejadian kemalangan membabitkan orang awam dan aset ketenteraan yang bernilai tinggi. Ekoran kemalangan tersebut, beliau berkata, kerosakan kenderaan KPKP dianggarkan bernilai RM182,000.

Namun begitu katanya, tiada kerosakan yang berlaku ke atas dua buah kereta perisai dibawa oleh kenderaan KPKP. “Kita baru sahaja terima laporan akhir dan penilaian terhadap tindakan seterusnya akan dilakukan.

“Pihak yang bertanggungjawab akan diberikan pengadilan sewajarnya ekoran kemalangan ini,” ujarnya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan kenderaan KPKP daripada 4 Kompeni Angkut Kor Perkhidmatan Diraja (4 KPD Mek) bersama muatan dua Kenderaan Jenis A (KJA) ADNAN terbabit dalam kemalangan jalan raya di kilometer (KM) 35.2 dari Terowong Genting Sempah menuju ke Tol Gombak.

Kejadian jam 4.45 petang berlaku ketika kenderaan milik pasukan Batalion Ketujuh Rejimen Renjer Diraja (7 RRD Mek) menuruni bukit kawasan berkenaan. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto KOSMO! ONLINE dan Tony Fernandez

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply