ARKIB

KATEGORI

Buletin

Fasa Kedua PPN: Pasangan jarak jauh dibenar rentas negeri

Berita Tempatan

Views

Pergerakan rentas negeri dan daerah dibenarkan bagi pasangan jarak jauh dalam Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN). Berita Harian melaporkan, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kebenaran itu tertakluk kepada kelulusan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kata beliau, ramai yang mahu mendengar mengenai pergerakan rentas negeri dan daerah oleh pasangan jarak jauh. Malah, beliau sendiri ada menerima rayuan berhubung perkara ini.

Jadi untuk fasa kedua, pihaknya membenarkan rentas negeri dan daerah kepada pasangan jarak jauh tetapi hanya bagi kes kecemasan dan keperluan khas dengan kelulusan PDRM.

Kos Servis Toyota Yaris VS Honda Jazz di Malaysia 2021

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Ismail Sabri berkata, kes kecemasan dan keperluan khas adalah seperti isteri bersalin atau isteri yang mempunyai bayi dan memerlukan kehadiran suami. Dalam pada itu, beliau berkata, Mahkamah Jenayah dibenarkan beroperasi dalam fasa satu PPN dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Tambah beliau, perincian SOP berhubung kebenaran itu akan diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Jelasnya, Kerajaan memutuskan untuk membenarkan mahkamah jenayah termasuk di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) beroperasi berikutan permohonan pendaftar Mahkamah Persekutuan yang memaklumkan jika kes tidak dilaksanakan, akan berlaku kesesakan dalam lokap dan penjara.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Jadi, atas sebab itu pihaknya membuat pertimbangan dan memberi kebenaran kerana bimbang berlaku kes jangkitan COVID-19 dalam penjara atau lokap seperti yang berlaku pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 dahulu.

Katanya, kerajaan juga membenarkan firma peguam beroperasi sepanjang tempoh berkenaan. Mengenai pelaksanaan PKPD yang membabitkan beberapa mukim di Selangor, Ismail Sabri berkata, kerajaan membenarkan aktiviti penanaman padi dilakukan seperti di Ijok dan Kuala Selangor.

Tambah beliau lagi, ini adalah untuk kelangsungan rantaian bekalan makanan, maka pihaknya membenarkan aktiviti penanaman padi serta rantaiannya di kawasan PKPD.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply