ARKIB

KATEGORI

Buletin

Fasa pengeluaran SUV elektrik pertama buatan Turki (TOGG) bermula

Berita Global

Views

Laman Twitter rasmi, pengeluar kereta elektrik buatan Turki, Türkiye’nin Otomobili Girişim Grubu (TOGG) mengumumkan mereka kini sedang berada pada fasa pengeluaran model pertamanya, iaitu sebuah SUV.

Menerusi kompilasi foto yang didedahkan di laman sosial berkenaan, memperlihatkan percubaan pemasangan badan (body in white – BIW) model berkenaan yang hampir siap. Fasiliti pengeluaran syarikat tersebut terletak di daerah Gemlik dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada awal 2022.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Menurut portal Daily Sabah, 75 peratus daripada pembekal komponen TOGG terletak di Turki, manakala bakinya datang dari Eropah dan Asia. Model aras-mula SUV dan sedan keluaran syarikat itu dijana dengan motor elektrik tunggal di belakang yang mampu menghasilkan 200 kuasa kuda.

Bagi pelanggan yang mahukan kuasa ekstra, mereka boleh memilih varian yang dijana oleh tambahan satu lagi motor elektrik di depan, yang mampu menjana 400 kuasa kuda. Model andalannya akan turut dilengkapi dengan pek bateri lebih besar yang menawarkan jarak perjalanan 500 km dan mampu dicas 80 peratus dalam tempoh kurang dari setengah jam.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Pada penghujung bulan Disember 2019, TOGG telah mempertontonkan prototaip awal model SUV segmen C dan model konsep sedan. Pengenalan model-model tersebut telah disempurnakan oleh Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Model SUV segmen C itu bakal dilancarkan secara rasmi pada tahun 2022 dan akan menjadi kereta pintar dengan ciri-ciri terbaik dalam kelasnya seperti jarak gandar yang lebih panjang, ruang dalam yang luas, daya pecutan yang terbaik dan kos pemilikan keseluruhan yang rendah.

Reka bentuk model SUV ini adalah hasil gabungan idea Pasukan Reka Bentuk TOGG bersama Pininfarina yang menampilkan gaya reka bentuk yang menepati citarasa warga Turki dan juga global. Beberapa unsur rekaan yang diinspirasikan oleh budaya Turki turut diterapkan pada gaya rekaan model tersebut sebagai contoh  bunga Tulip, yang diolah pada jeriji depan dan rim aloi.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Türkiye’nin Otomobili

Prototaip model SuV dan sedan TOGG

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply