ARKIB

KATEGORI

Buletin

Fasiliti pengecasan BMW i baharu kini di Ramada Plaza

Views

BMW Malaysia telah memperkenalkan dua fasiliti pengecasan untuk model BMW i baharu di Ramada Plaza by Wyndham Melaka. En. Klaus Sennik, Pengurus Besar Ramada Plaza by Wyndham Melaka berkata, fasiliti pengecasan di hotel ini merupakan inisiatif mereka untuk memperkayakan penawaran hospitaliti bagi para tetamu, sambil memperkasakan gaya hidup yang lestari.

Usaha sama dengan BMW Malaysia serta Seong Hoe Premium Motors ini membolehkan pihak hotel menunaikan keperluan e-mobiliti para tetamu bagi memudahkan mereka meneroka Bandar Melaka yang bersejarah dengan kenderaan elektrik mereka. Ketua Jurutera hotel tersebut, Hj Abdul Rahman yang menerajui inisiatif kelestarian premis ini berkata, usaha ini juga merupakan sebahagian daripada ikhtiar ‘hijau’ mereka untuk memelihara kelestarian alam sekitar, sejajar dengan objektif syarikat Wyndham.

En. Loy Suan Chiow, Prinsipal Pengedar Seong Hoe Premium Motors pula berkata, mereka sedang melihat penularan dalam trend penggunaan kenderaan berelektrik BMW di negeri tersebut dan ia merupakan lanjutan daripada pengenalan fasiliti yang sama di Holiday Inn Melaka dan Hotel Equatorial Melaka pada tahun yang lalu.

JOM BACA >> Iklan acah kedua SUV Perodua (D38L) – Bentuk jeriji mula kelihatan

Sashi Ambi, Ketua Komunikasi Korporat untuk BMW Group Malaysia pula berkata, sebagai peneraju dalam pembekalan mobiliti-elektro yang premium di dalam negara, mereka komited untuk menarafkan “Sheer Driving Pleasure” bagi para pelanggan dengan menawarkan fasiliti-fasiliti tercanggih yang boleh diakses di pelbagai lokasi yang strategik.

BMW Group Malaysia terus memperkukuhkan kedudukannya sebagai jenama utama bagi mobiliti-elektro, dengan jualan kenderaan elektrik yang merangkumi lebih daripada 57 peratus unit kenderaan BMW dan MINI dari bulan Januari sehingga November tahun ini. Sementara itu, penyerahan unit kenderaan elektrik dari tahun ke tahun pula mencatat peningkatan lebih daripada 34 peratus, berjumlah daripada 5,100 unit kenderaan kepada 6,900 unit.

Portfolio Mobiliti Bervisi yang diperkenalkan oleh BMW Group Malaysia dengan kenderaan BMW iPerformance juga didukung oleh platform ChargEV menerusi usaha samanya dengan Malaysian Green Technology Corporation. Perkhidmatan BMW ChargeNow yang ditawarkan menerusi program BMW 360° juga memberikan akses kepada fasiliti-fasiliti pengecasan oleh rakan kongsi yang lain seperti ChargEV, di mana para pengguna boleh menerima bantuan dan akses 24/7 bagi kesemua lokasi pengecasan dalam rangkaian ChargEV yang sedang giat berkembang di seluruh negara.

JOM BACA >> IKLAN : Hoi Keen Service IM3 Kuantan – Lepak sambil menunggu kereta diservis dalam suasana ‘kafe hipster’!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply