ARKIB

KATEGORI

Buletin

FCA bakal menjadi milik China?

Views

Bos Fiat Chrysler, Sergio Marchionne kini tidak lagi berselindung mengenai keinginannya untuk bergabung. Meskipun tiada pengeluar kenderaan dari Eropah atau Amerika yang menunjukkan minat, tumpuan beliau lebih terarah kepada pengeluar dari China. Menurut laporan dari Automotive News, FCA telah pun menerima lamaran daripada beberapa pengeluar dari China dan antara yang menunjukkan minat adalah Guangzhou, Geely, Dongfeng, dan Great Wall.

FCA dan Guangzhou telah menjadi rakan usaha sama bagi pengeluaran kenderaan bagi pasaran tempatan di China, manakala Geely yang semakin bernafsu besar telah pun memiliki beberapa jenama termasuklah Volvo, London Taxi, dan Lotus selain menjadi Rakan Strategik Asing terbaharu Proton. Sumber mengatakan, syarikat China bakal melabur sebanyak $1.5 trillion untuk membeli syarikat luar untuk beberapa dekad.

Pengeluar dari China juga dilihat begitu terdesak untuk menerjah ke pasaran besar dan lumayan seperti di Amerika Utara, dan dengan kualiti produk yang semakin baik ia bakal menjadi suatu kenyataan. FCA sahaja mempunyai 162 kilang pengeluaran di seluruh dunia, 87 buah pusat Penyelidikan dan Pembangunan, serta memiliki 2,600 bilik pameran di Amerika Syarikat. Eksekutif dari beberapa pengeluar kenderaan China dilaporkan telah bertemu dengan wakil pengedar di Amerika sebagai persediaan untuk pengambilalihan FCA, dan mereka sentiasa berulang-alik dari China dan Michigan untuk merangka lebih perincian.

Jika ia berlaku, pemilik baharu bakal mengambilalih beberapa jenama seperti Fiat, Chrysler, Dodge, Jeep, dan Ram manakala FCA dan pemilik baharunya dijangka akan memisahkan beberapa jenama menjadi entiti berasingan, sama seperti yang telah dilakukan pada Ferrari. Bahagian perindustrian dan pertanian pula bakal diletakkan di bawah payung CNH Global. Alfa Romeo dan Maserati pula bakal dipisahkan, begitu juga dengan pembekal seperti Magneti Marelli, Teksid, dan Comau.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply