ARKIB

KATEGORI

Buletin

Fender perkenal gitar diinspirasikan Lexus LC Stratocaster, 100 unit sahaja!

Berita Tempatan

Views
Fender Lexus LC Stratocaster® | Fender Custom Shop | Fender

Pengeluar peralatan muzik terkemuka, Fender telah bekerjasama dengan pengeluar kereta mewah, Lexus untuk menghasilkan 100 unit gitar istimewa. Gitar yang diberi nama LC Stratocaster ini menerima kemasan berwarna Structural Blue, warna yang sama dengan model Lexus LC 500 Convertible Inspiration Series.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Menurut naib presiden pemasaran Lexus, Vinay Shahani, apabila kali pertama melihat gitar ini, mereka tidak tidak percaya ia hampir sepadan dengan model kereta yang sebenar. Warna tersebut diilhamkan dari rama-rama Morpho dan ia boleh menghasilkan jarak spektrum yang berubah-ubah, bergantung kepada cahaya.

Bahagian atas gitar ini telah dipahat dari kayu maple 3A dan disaluti dengan kemasan uretana kilauan-tinggi. Fingerboardnya diperbuat daripada Richlite biru tua digilap, iaitu bahan komposit yang dipilih kerana sifat tonalnya, kestabilan struktur dan ketahanan terhadap keausan dan kelembapan.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Selain itu, Fender juga telah memasang fingerboard dengan radius 12 inci dan 22 fret keluli tahan karat sederhana. Pengikat pada bahagian twill serat karbonnya pula merupakan skru mesin berwarna hitam yang dipilih bagi mewakili penampilan automotif.

Headstocknya turut diberikan kemasan Structural Blue dengan logo Fender kemasan krom. Kotak khasnya pula dibaluti dengan vinil bertekstur serat karbon dengan kemasan kulit berwarna hitam pada bahagian hujung, manakala logo Lexus pula disulam pada bahagian dalam penutupnya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply