ARKIB

KATEGORI

Buletin

Feri Pulau Kapas ‘tenggelam’

Berita Tempatan

Views

Sebuah feri ikonik dilaporkan tenggelam di Pangkalan Sultan Abdul Halim, Butterworth pada awal pagi Rabu. Menurut sumber, Feri Pulau Kapas itu disedari senget dan tenggelam hampir keseluruhan pada jam 3 pagi.

“Feri ini milik Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) dan memang berada dalam keadaan senget. “Ia sudah lama diikat menggunakan tali di pangkalan tersebut.

Kebetulan malam tadi angin kuat, tali berkenaan putus menyebabkan feri tersebut tenggelam,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Difahamkan, pihak SPPP kini sedang berusaha mengangkat feri tersebut untuk diletakkan di dalam keadaan asal semula. “Ketika ini, pihak bomba sedang menjalankan kerja kawalan tumpahan minyak,” tambah sumber.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?

Sementara itu, Pengerusi SPPP, Datuk Yeoh Soon Hin ketika dihubungi berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian terbabit.

Bermula 1 Januari 2021, perkhidmatan feri di Pulau Pinang untuk kenderaan empat tayar telah dihentikan manakala feri sedia ada hanya untuk kegunaan motosikal dan basikal sahaja.

Ini bermakna, kesemua kenderaan empat tayar tidak lagi boleh menggunakan laluan laut sebagai alternatif untuk ke bahagian pulau atau sebaliknya.

Bermula tarikh itu juga, perkhidmatan feri bagi penumpang, motosikal dan basikal akan diambil alih oleh Penang Port Sdn Bhd (PPSB) daripada Prasarana Malaysia Berhad.

Bagaimanapun, bagi mengekalkan nilai sejarah dan elemen ikonik Pulau Pinang, SPPP akan menempatkan dua buah feri ikonik di Tanjung City Marina.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Feri itu dikatakan akan diubahsuai sebagai restoran dan muzium terapung yang mana, ia tidak akan bergerak, hanya diletakkan di Tanjung City Marina.

Selain itu, pada Julai tahun sama, SPPP dilaporkan menyerahkan lima buah feri ikonik lama Pulau Pinang kepada tiga syarikat yang berkelayakan untuk diubahsuai menjadi muzium, restoran terapung dan feri pelancongan.

Lima buah feri tersebut adalah Feri Talang-Talang, Feri Pulau Payar, Feri Pulau Undan, Feri Pulau Kapas dan Feri Pulau Pinang. Feri pelancongan akan berlabuh di Swettenham Pier dan hanya membawa penumpang tanpa kenderaan.

Feri pelancongan ini akan mempunyai restoran, bilik persidangan, restoran untuk majlis jamuan dan perkahwinan, menjual produk tempatan, kedai cenderamata dan lain-lain.

Bagaimanapun, semua feri tersebut perlu dinilai oleh Jabatan Laut terlebih dahulu sebelum dibenarkan berlayar. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply