ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ferrari catat rekod untuk 9 bulan pertama 2012

Views

Ferrari telah mencatatkan perolehan berjumlah 1,764 juta Euro meningkat sebanyak 10 peratus dan bilangan kereta yang dihantar ke rangkaian pengedar berjumlah 5267 buah meningkat sebanyak naik 6 peratus. Keuntungan perdagangan meningkat sebanyak 9.6 peratus kepada 232.8 juta Euro, manakala keuntungan bersih meningkat 7.6 peratus kepada 152.4 juta Euro .

Kedudukan tunai bersih syarikat mencapai hampir 1 bilion Euro (959 juta Euro) walaupun komitmen berterusan untuk mengekalkan tahap yang sangat tinggi dalam pelaburan pembangunan produk. Ferrari juga mencatatkan aliran tunai bersih sebanyak 251 juta Euro dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Amerika Syarikat mengesahkan kedudukannya sebagai pasaran terbesar Ferrari di peringkat antarabangsa dengan 26 peratus daripada jumlah jualan 1354 kereta dengan pertumbuhan sebanyak 16 peratus. Pasaran UK menyaksikan rekod jualan 504 kereta, lonjakan 37 peratus, manakala Jerman menyaksikan pertumbuhan berterusan 9 peratus dengan kereta 534 yang dihantar, mengukuhkan kedudukannya sebagai pasaran terbesar Eropah.

Di Timur Jauh, trend positif di China mencatat peningkatan 7 peratus dengan 566 kereta dihantar, manakala Jepun menyaksikan penghantaran 214 buah kereta, peningkatan sebanyak 20 peratus. Keputusan dari Timur Tengah adalah sejajar dengan angka yang cemerlang yang diperolehi pada tahun 2011 dengan 274 kereta dihantar. Jualan di Itali pula seperti dalam dua suku sebelumnya dengan 238 kereta dihantar dalam sembilan bulan pertama 2012, menurun 49 peratus.

Dalam perkembangan lain, Eddie Cue bekas Naib Presiden Kanan Internet Perisian dan Perkhidmatan Apple  selain menyelia kedai-kedai terkemuka dalam industri kandungan Apple termasuk iTunes Store, App Store dan iBookstore, serta Siri, Maps, iAd dan perkhidmatan inovatif Apple, iCloud kini menyertai Ferrari sebagai Ahli lembaga Pengarah. Pengumuman perlantikannya telah diumumkan oleh Pengerusi Ferrari, Luca di Montezemolo.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply