ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ferrari F12 Berlinetta dipandu warga Singapura rempuh Toyota Camry hingga terbalik

Berita Tempatan

Views

Sebuah supercar jenis Ferrari terlibat kemalangan selepas pemandunya gagal mengawal kenderaan itu dalam kejadian di Kilometer 144, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di Muar, pagi semalam.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, dalam kejadian pada jam 7.25 pagi itu, kereta Ferrari F12 Berlinetta yang dipandu lelaki dari Singapura merempuh belakang sebuah kereta Toyota Camry yang dinaiki empat lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 50-an.

Jelas beliau, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta supercar dipandu warga asing berusia 22 tahun dalam perjalanan menghala ke Kuala Lumpur terlanggar belakang kereta mangsa yang berada di lorong kanan.

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!

Akibat daripada rempuhan itu, kedua-dua kenderaan tersebut terbabas ke kanan jalan. Walaubagaimanapun, kesemua penumpang kereta Toyota Camry hanya mengalami cedera ringan.

Menurut beliau, kes ini sedang disiasat oleh penolong pegawai penyiasat daripada Unit Siasatan Lebuh Raya Bukit Aman. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Johor Gazette

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply