ARKIB

KATEGORI

Buletin

Filem aksi ‘drift’, Marabahaya Underground temui penonton di Astro First mulai esok

Berita Tempatan

Views
MARABAHAYA UNDERGROUND - OFFICIAL TRAILER [HD]

Kita mungkin sudah sudah terbiasa dengan filem aksi yang menampilkan kehebatan jentera empat roda di jalan raya dari Hollywood seperti Fast and Furious kan?

Namun untuk filem Melayu, hanya boleh dibilang dengan jari. Mungkin Impak Maksima atau Evolusi KL Drift menjadi penanda aras naskhah tanah air berhubung aksi lumba kereta.

Menurut K! ONLINE, menyedari kekosongan tersebut, sebuah naskhah berjudul Marabahaya Underground mungkin satu pilihan menarik untuk peminat kereta terhebat seperti Ford Mustang, Nissan Fairlady, Mitsubishi Evo dan Porsche yang menyaksikan jentera pujaan mereka di layar perak berwajah Malaysia.

Menerima sentuhan pembikin Bikers Kental, Helmi Yusof sebagai pengarah, filem yang turut mengetengahkan penyanyi rap, Cat Farish selaku penerbit menjanjikan adegan aksi awal hingga ke penamat cerita.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Katanya, sejak kebelakangan ini industri filem tempatan jarang menghidangkan filem bertemakan aksi kereta. Pihaknya yakin, filem sebegitu masih mempunyai kelompok peminat tersendiri dan terbukti dengan sambutan positif dalam kalangan penonton tanah air terhadap filem-filem aksi kereta dari luar negara.

Jadi, mereka tampilkan Marabahaya Underground dengan adegan-adegan aksi memukau dan dimantapkan lagi dengan elemen komedi. Malah, mereka turut membuat suntingan menggunakan teknik terkini bagi memastikan dapat menampilkan ‘look and feel’ yang segar.

Tambah Cat, filem ini juga menampilkan lebih 10 lagu hip hop yang baharu daripada artis ‘underground’ hip hop. Mereka berharap kehadiran filem ini mampu memberi persepsi dan kepuasan baru kepada penonton terhadap filem aksi kereta tempatan.

Selain itu, filem berdurasi 90 minit tersebut turut dipadatkan dengan adegan kejar-mengejar dari Ipoh ke Shah Alam dan Kuala Lumpur tersebut cukup membuatkan adrenalin penonton mengalir deras.

Menggandingkan pelakon popular tanah air, Hazama dan Joey Daud sebagai teraju utama, naskhah berkenaan menjadi debut kerjasama dua bintang tersebut dalam sebuah filem. Menariknya, watak antagonis pula dilakonkan oleh pelakon filem Olabola iaitu Jian Wein dan penyanyi rap tanah air yang semakin meningkat naik, MK K-Clique.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Watak-watak lain yang turut menghiasi filem terbitan produksi D’edge Communication tersebut ialah Jasmin Suraya, Santesh Kumar, Dayana Roza, Scha Elinnea dan Amzarul.

Sementara bagi penampilan istimewa seperti, Wahid Senario, Hamdan Senario, Amir Raja Lawak, Zalif Sidek serta pelumba supercar negara, Zen Low, pelumba negara, Keifli Othman, drifter, Jian Hui Wong dan pelumba rali, Faizal Alang.

Marabahaya Underground mengisahkan kehidupan Chon lakonan Hazama, peminat sukan permotoran yang sangat mengidolakan Raja Drift Malaya, Shah Dhani (Joey Daud) yang juga seorang kaki judi.

Tanpa sedar, Shah telah mempergunakan Chon untuk melepaskan dirinya daripada hutang dan berjanji untuk menjadikan Chon anak didiknya dalam dunia ‘drift’ di Malaysia.

Chon terjebak dalam kancah pekerjaan penghantaran duit dan barang terlarang. Filem Marabahaya Underground akan menemui penonton bermula esok menerusi Astro First, saluran 480.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply