ARKIB

KATEGORI

Buletin

Flash Falcon – Pesawat supersonik komersial berkuasa nuklear, kelajuan cecah 3,701 km/j

Berita Global

Views

Seorang pereka dari Sepanyol memperkenalkan konsep pesawat supersonik komersial yang dikuasakan oleh tenaga nuklear bagi memendekkan tempoh perjalanan jarak jauh, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Menurut KOSMO! ONLINE, Oscar Vinals, mendedahkan rekaan pesawat Flash Falcon yang disasarkan untuk mula terbang secara komersial menjelang dekad akan datang.

Pesawat dua tingkat itu dijangka dapat membawa sehingga 250 penumpang pada kelajuan sehingga 3,701 kilometer sejam dan pada ketinggian 18,288 meter di udara.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Kelajuan sedemikian dikatakan mampu mengurangkan tempoh penerbangan dari London ke Australia kepada hanya empat jam.

Kali terakhir penumpang menikmati penerbangan supersonik komersial adalah pada 2003 sejak operasi pesawat Concorde dihentikan selepas 27 tahun dalam perkhidmatan.

Konsep Flash Falcon yang dihasilkan oleh Vinals mendedahkan keselesaan, kepantasan dan kecekapan pesawat supersonik generasi akan datang.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Beliau percaya pesawat itu boleh diterbangkan menjelang 2030 selain berharap agar kemajuan dalam teknologi mampu menjadikan ia mampu milik, senyap dan bersih dari segi persekitaran.

Walaupun rekaan itu baru sahaja berada pada peringkat hipotesis, Vinals berharap ia mampu memperkenalkan konsep yang realistik untuk pesawat berkelajuan tinggi dalam masa terdekat.

Kata Vinals, dia percaya bahawa dalam masa terdekat, penerbangan supersonik akan kembali tetapi dengan teknologi dan kemajuan dari abad ke-21.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Oscar Vinals

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply