ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ford 1.0-Liter EcoBoost diiktiraf enjin terbaik untuk kali ke-6 berturut-turut

Views

Buat kali ke-6 berturut-turut, enjin Ford 1.0-liter EcoBoost telah dinobatkan sebagai Enjin Antarabangsa Tahunan 2017 dalam kategori Enjin Terbaik Di bawah 1.0 liter. Ini bermakna, enjin kompak tiga-silinder petrol itu masih mendominasi kategori tersebut sejak ia diperkenalkan pada tahun 2012. Seramai 58 orang juri yang terdiri daripada wartawan automotif dari 31 buah negara memilih enjin tersebut kerana ia memiliki kombinasi yang baik dari segi prestasi, kecekapan bahan bakar dan teknologi.

Dengan ini, Ford 1.0-liter EcoBoost telah berjaya memenangi 10 anugerah Enjin Antarabangsa Tahunan termasuklah tiga kali muncul pemenang keseluruhan dan Pendatang Baharu Terbaik. Ford 1.0-liter EcoBoost petrol mempunyai kapasiti enjin sehingga 3.5 liter dan ditawarkan dengan pelbagai pilihan output kuasa bermula dari 100 PS, 125 PS sehingga 140 PS. Antara model yang menggunakan penjana kuasa ini adalah Ford Fiesta baharu, van Transit, trak pikap serta model berprestasi tinggi Ford, Focus RS dan supercar Ford GT .

Pada tahun 2018, enjin 1.0-liter EcoBoost akan menampilkan teknologi penyahaktif silinder yang membolehkannya menghentikan salah satu silinder enjin semasa ia tidak memerlukan kapasiti penuh. Teknologi ini mampu menghentikan dan menggerakkan satu silinder hanya dalam masa 14 milisaat – 20 kali lebih pantas dari sekelip mata tanpa sebarang kompromi pada prestasi atau penghalusan. Untuk maklumat lanjut layari www.sdacford.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply