ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ford bakal hasilkan pelitup separuh muka lut sinar

Berita Global

Views

Angkara COVID-19 seluruh dunia terpaksa memakai pelitup separuh muka bagi mengekang penularan wabak tersebut. Disebabkan ini juga mungkin ramai yang ‘tidak cam’ wajah kita di tempat awam dan ada kalanya kita tersalah orang. Namun, segalanya bakal berubah dan kami rasa anda patut merasa gembira dengan berita ini.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Menurut Astro AWANI, gergasi automotif dari Amerika Syarikat, Ford Motor bakal menambah cabang penghasilan produk mereka selain dari menghasilkan kenderaan tidak lama lagi. Ford telah menerima paten topeng pernafasan lut sinar dengan fungsi sebaik topeng N95, dan kini menanti untuk mendapat kelulusan untuk dibangunkan.

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

Dalam satu kenyataan, Naib Presiden Ford, Jim Baumbick berkata salah satu perkara yang hilang selepas pandemik melanda adalah seri sebuah senyuman. Tambahnya, pelitup separuh muka ini akan meningkatkan kemudahan interaksi terutama bagi mereka yang mengalami masalah pendengaran.

Kata seorang ahli audiologi di Raleigh, North Carolina, Dr. Sheri Mello kepada CNN, pelitup separuh muka ini juga mengurangkan tahap kelantangan sebanyak 10 desibel. Pada ketika ini, pelitup separuh muka N95 dianggap yang terbaik untuk digunakan dalam pandemik, kerana kemampuannya menapis 95 peratus partikel.
Pelitup separuh muka ini masih lagi di peringkat ujian dan Ford berharap ia akan boleh mula digunakan pada musim bunga nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply