ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ford Ranger 2.2L FX4 bakal dilancarkan 20 April ini

Views

Ini pastinya berita yang bagal menggegarkan tulang rusuk kiri peminat trak pikap, terutama dari Amerika. Ford bakal melancarkan varian baharu Ranger 2.2L FX4 transmisi automatik pada 20 April ini. Antara ciri ciri menarik yang bakal dicemburui pesaingnya adalah :

  1. Rim aloi bersaiz 18 inci baharu
  2. Tempat duduk dibalut kulit dengan logo (versi Bucket sahaja)
  3. Kemasan dalaman kulit
  4. Rel bumbung
  5. Skema warna luaran FX4 (jeriji hadapan, bumpar belakang, cermin sisi, lampu kabus dan pemegang pintu yang dicat hitam)
  6. Skema warna dalaman FX4 (panel papan pemuka gelap, stereng dan panel pintu)
  7. Hiasan pelekat luaran FX4 rekaan khas
  8. Pemijak sisi unik dan palang sport

Ford Ranger 2.2L FX4 akan ditawarkan dalam dua pilihan warna, Kelabu Meteor dan Aluminum Metalik. Anggaran harga atas jalan untuk model ini tanpa insurans adalah RM 121,888.00 untuk Semenanjung Malaysia, manakala di Timur Malaysia pula harga yang ditawarkan adalah RM 127,688.00 (tanpa insurans). Jadi kepada peminat Ranger Wildtrak tetapi mahukan versi yang lebih murah dan menjimatkan bayaran cukai jalan tahunan,mungkin inilah model paling afdal buat anda. Kita nantikan kemunculannya!

KLIK UNTUK BESARKAN

2017-ford-ranger-fx4-special-edition- 2017-ford-ranger-fx4-special-edition-2 2017-ford-ranger-fx4-special-edition-3 2017-ford-ranger-fx4-special-edition-4 2017-ford-ranger-fx4-special-edition-5 2017-ford-ranger-fx4-special-edition-6  Ford-Ranger-FX4-Magnetic Ford-Ranger-FX4-Shadow-Black

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply