ARKIB

KATEGORI

Tular

Ford Ranger dinaiki Naim Daniel kemalangan

Tular

Views

Pemenang Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) menerusi lagu Sumpah dan juga pelakon yang sedang meningkat naik, Naim Daniel menerusi laman Instagram rasminya tengah hari tadi memaklumkan beliau mengalami kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan ke tempat kerja pagi tadi.

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

Trak pikap Ford Rangernya kelihatan remuk di bahagian hadapan dan berkemungkinan gandar hadapannya patah. Namun, penyanyi dan pelakon itu tidak mengalami sebarang kecederaan serius, dan menurut portal hiburan Oh My Media, beliau hanya terkehel di bahagian rahang akibat hentakan semasa kemalangan tersebut.

JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!

Naim juga menzahirkan rasa syukur dan beranggapan apa yang terjadi adalah satu rezeki untuknya pada hari ini. Rata-rata peminatnya turut memberi kata-kata semangat kepada artis kesayangan mereka dan ada juga di kalangan rakan artis, antaranya Wani Hasrita yang mendoakan agar Naim dipermudahkan segala urusan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit naimdanielx

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply