ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ford Ranger Edisi Terhad diperkenalkan

Views

Sime Darby Auto Connexion (SDAC) pengedar tunggal Ford di Malaysia meraikan kedatangan tahun baru dengan edisi terhad rangkaian Ranger – Ranger WildTrak dalam warna baru Meteor Grey dan FX4 dalam Cool White! Pilihan warna-warna eksklusif ini adalah tambahan kepada warna-warna sedia ada iaitu Cool White dan Pride Orange bagi Ranger WildTrak dan Meteor Grey bagi FX4.

Ranger WildTrak 4×4 Meteor Grey dijana oleh enjin 3.2L yang mampu menjana kuasa 200 PS pada 3,000 rpm dengan tork sehingga 470 Nm. WildTrak juga mempunyai sistem infotainmen bebas-tangan SYNC™3 terkini dengan skrin sentuh bersaiz lapan inci yang boleh mengaktifkan Apple CarPlay™ dan Android Auto.

Ranger FX4 2.2L dalam Cool White pula menampilkan kemasan and aksesori naik-taraf dalam warna hitam untuk ‘rollbar’ dan rim 18 inci. Enjin 2.2L diesel turbo Duratorqnya pula mampu menjana kuasa 160 PS dan tork sehingga 385 Nm, dan digandingkan bersama transmisi automatik 6-kelajuan. Ini membolehkan Ranger FX4 mampu mengangkut kapasiti muatan sehingga 1 tan.

Ford Ranger WildTrak dalam Meteor Grey dijual pada harga RM141,588 atas jalan tidak termasuk insurans manakala Ford Ranger FX4 dalam Cool White pula berharga RM121,888 (Semenanjung Malaysia) atas jalan, tidak termasuk insurans. Harga adalah termasuk GST.

Untuk maklumat lanjut tentang edisi terhad Ranger ini, layari laman sesawang pelbagai bahasa (Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina ringkas) SDAC yang baru dilancarkan di www.sdacford.com.my. Laman sesawang ini juga mesra pengguna dan dilengkapi chatbot dalam Bahasa Inggeris. Untuk melihat model ini secara lebih dekat, kunjungi bilik pameran Ford yang berhampiran.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply