ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ford Ranger Raptor generasi baharu bakal dilancarkan 7 Oktober ini!

Berita Tempatan

Views

Pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), hari ini mengumumkan ketibaan model generasi baharu Ranger Raptor yang bakal dilancarkan secara rasmi pada 7 Oktober 2022.

Majlis pelancaran bakal berlangsung di trek Baja, di pinggir Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Dibangunkan dengan DNA Prestasi Ford, Ranger Raptor menetapkan penanda aras sebagai satu-satunya pikap prestasi off-road berprestasi tinggi yang dibina khas di Asia Pasifik.

Ia menggabungkan kejituan mekanikal dan teknikal bersama teknologi pintar bagi menjinakkan segala permukaan.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Menurut Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair, dengan prestasi yang dipertingkatkan, teknologi moden dan keupayaan yang terbaik dalam kelasnya, Ranger Raptor generasi baharu sememangnya adalah “Raja segala pikap”.

Orang ramai, pelanggan Ford dan peminat Ranger dialu-alukan untuk mendaftar menerusi laman sesawang SDAC-Ford Malaysia untuk menerima jemputan eksklusif ke pelancaran awam pada 7 hingga 9 Oktober 2022, trek Baja di Sepang.

Mereka yang mendapat jemputan ke acara tersebut bakal menjadi antara yang pertama di Malaysia untuk menyaksikan kehebatan Ranger Raptor generasi baharu secara langsung.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Mereka turut berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat Ranger Raptor dan merasai keseronokan memandu ujinya satu pusingan di sekitar trek yang dikhususkan.

Selain itu, model yang baharu sahaja dilancarkan Everest akan turut dipamerkan dan boleh dipandu uji semasa acara tersebut.

Untuk maklumat lanjut, ikuti Ford Malaysia di Facebook, Instagram, Twitter dan juga saluran YouTube atau layari www.sdacford.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply