ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ford Ranger Raptor X Edisi Khas dilancarkan – Warna True Red, RM216,888

Berita Tempatan

Views

Pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) hari ini memperkenalkan model Ranger Raptor X Edisi Khas. Hanya satu warna ditawarkan, iaitu True Red dan ini menjadikannya Ranger Raptor berwarna merah yang pertama seumpamanya di pasaran.

Model edisi khas ini dijual pada harga bermula dari RM216,888 (atas jalan tidak termasuk insurans), dengan waranti selama lima tahun atau jarak perbatuan 160,000 km yang mana terdahulu. Tampil dengan warna yang sangat menyerlah dan garang, ia didatangkan dengan beberapa ciri istimewa.

JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

Berikut adalah ciri-ciri istimewa Ford Ranger Raptor X Edisi Khas:

  • Kamera 360 darjah
  • Perakam Video Digital (dashcam) jenama Kenwood dengan ciri penglihatan malam, rakaman berdefinisi tinggi, pelindung berpolaris, aplikasi mudah alih dan kad memori 32GB.
  • Kemasan pelekat badan Raptor X dengan grafik reka corak halilintar
  • Alas kaki edisi khas dengan sulaman logo Raptor X

JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat

Dari segi penjana, ia masih mengekalkan penggunaan enjin 2.0 liter bi-turbo yang mampu menghasilkan 213 PS dengan daya kilas maksima 500 Nm. Enjin ini dipadankan pula dengan transmisi automatik 10-kelajuan. Selain itu, trak pikap berprestasi tinggi ini turut dilengkapi dengan sistem suspensi FOX Racing Shox, serta sistem pengurusan permukaan yang menawarkan enam mod pemanduan.

Aspek keselamatan Ford Ranger Raptor X Edisi Khas turut dititikberatkan dengan ciri-ciri seperti Brek Kecemasan Autonomi (AEB) dengan Pengesan Kenderaan dan Pejalan Kaki, Amaran Perlanggaran Hadapan dan Bantuan Keluar Laluan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung
JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang
JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply