ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ford Ranger XLT Plus Edisi Khas dilancarkan – Harga bermula dari RM136,8881

Berita Tempatan

Views

Sime Darby Auto Connexion (SDAC) pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia baru-baru ini memperkenalkan model trak pikap Ford Ranger XLT Plus Edisi Khas.

Ia dijual pada harga RM136,8881 dan kini sudah dibuka untuk tempahan. Trak pikap ini didatangkan dalam lima pilihan warna iaitu Absolute Black, Aluminium Metallic, Arctic White, Lightning Blue dan Meteor Grey.

Unit-unit pameran trak pikap ini akan dipertontonkan di kesemua bilik pameran Ford di seluruh negara bermula 10 Mac 2022.

Bagi mereka yang tinggal di Lembah Klang, bolehlah berkunjung ke Aras Bawah, Centre Court Queensbay Mall di mana satu unit edisi khas tersebut akan dipertontonkan kepada umum pada 24 hingga 27 Februari 2022.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Menurut Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair, Ford Ranger XLT Plus Edisi Khas merupakan kenderaan yang ideal untuk urusan kerja-keluarga-santai bagi kelompok pemandu yang istimewa.

Reka bentuk luarannya menampilkan rekaan jeriji hadapan gaya Ford Raptor, fender flare dan bar sporti yang direka semula. Di bahagian dalaman pula menampilkan scuff plate dengan logo Ranger serta lampu LED.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan perakam video digital (DVR) berdefinisi tinggi (HD), skrin lebih luas, rakaman waktu malam, pemasangan penapis cahaya anti silau dan Mobile App yang disambung melalui hotspot yang serasi dengan Apple IOS dan juga Android.

Ia juga didatangkan dengan kad memori 32GB yang membolehkan para pemandu merakam aktiviti mereka atau diguna sebagai ciri keselamatan.

Ford Ranger XLT Plus Edisi Khas dikuasakan oleh enjin 2.0L Single-Turbo yang dipadankan dengan transmisi automatik 10-kelajuan yang menghasilkan tenaga 180PS dan daya kilas setinggi 420Nm.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Selain keupayaan yang sangat mengagumkan termasuk keupayaan meranduk meredah air setinggi 800mm dan menunda beban, Ford Ranger XLT Plus Edisi Khas kekal menerajui dalam teknologi terkini dan ciri-ciri bantu pandu yang inovatif, antaranya:

  • Pintu Kargo Belakang Mudah-Angkat
  • Sistem multimedia SYNC® dengan kamera undur
  • 4X4 shift-on-the-fly elektronik
  • Sistem stereng elektrik berkuasa (EPAS)
  • Pembeza Gelincir Terhad (LSD)
  • Kawalan Gelongsor (HDC)
  • Bantuan Mula Mendaki (HLA)
  • Sistem Brek Anti-kunci (ABS) dengan Bantuan Brek Kecemasan (EBA)
  • Agihan Daya Brek Elektronik (EBD)
  • Cagak tempat duduk kanak-kanak ISOFIX
  • Kawalan Kestabilan Elektronik dengan Kawalan Cengkaman,
  • Cegah Terbalik (Rollover Mitigation)
  • Kawalan Ayunan Treler
  • Kawalan Adaptif untuk Beban
  • Ford MyKey

Seperti kesemua barisan Ranger lain, edisi khas ini juga didatangkan dengan waranti Ford yang baharu selama lima tahun, atau sehingga 160,000km, yang mana-mana terlebih dahulu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply