ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ford Raptor Rev bakal berlangsung pada suku pertama 2025

Berita Tempatan

Views

Pengedar tunggal Ford di Malaysia Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) mengumumkan bakal menganjurkan sebuah acara off-road perdana iaitu Ford Raptor Rev yang dijadualkan pada suku pertama (Q1) 2025.

Ini adalah peluang terbaik buat para pemilik Ford Ranger Raptor generasi baharu di Malaysia untuk menimba pengalaman unik dan tidak ternilai semasa acara off-road sehari itu.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Setakat ini, jualan Ranger Raptor generasi baharu telah pun melebihi angka 4,000 unit.

Menurut Pengarah Urusan SDAC-Ford, Turse Zuhair, acara ini menjanjikan peluang yang tiada tandingannya untuk mengalami sendiri kuasa penuh kenderaan mereka dalam persekitaran mencabar dan mengujakan.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Tambah beliau, acara ini juga memupuk hubungan erat dalam kalangan individu dengan minat yang sama serta sesama komuniti Ranger.

Pengumuman selanjutnya berkaitan acara ini akan diumumkan kelak, termasuk perincian bagi mereka yang bukan pemilik Ford yang berminat untuk menyertainya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply