ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ford sedang kaji penggunaan buluh dalam kereta keluarannya

Views

Ini bukan auta! Gergasi automotif dari negara Pakcik Sam ini bukan nak beralih arah menjadi pengeluar lemang terbesar di dunia. Ford sebenarnya sedang mengkaji bahan yang mampan untuk digunakan pada ruang dalaman kereta generasi akan datang mereka dan apa yang agak memeranjatkan kami, buluh berada dalam senarai teratas.

Buluh sememangnya bahan semulajadi yang paling kuat dan mampu membesar sehingga tiga kaki sehari, dan buluh juga telah digunakan secara meluas dalam industri pembinaan, perabot, malah restoran sebagai makanan (bukan makanan Panda). Menurut Penyelia Kejuruteraan Pusat Penyelidikan dan Kejuruteraan Ford di Nanjing, Janet Yin, buluh sememangnya amat menakjubkan. Ia kuat, fleksibel, boleh diperbaharui dan mudah didapati di China dan beberapa lagi kawasan di Asia.

Ford telah menguji buluh sejak beberapa tahun lalu, telah dinilai keupayaannya untuk digunakan di bahagian dalaman kenderaan, dengan menggabungkannya bersama plastik, dan mendapati ia lebih baik daripada bahan sintetik lain dan serat semula jadi. Selain itu, pasukan penyelidik tersebut telah memanaskannya sehingga mencecah suhu 212 darjah Fahrenheit (100 darjah Celsius), untuk memastikan ia mampu mengekalkan ketahanannya.

Ujian terhadap buluh masih lagi diteruskan, dan Ford juga sedang meneliti beberapa bahan lain yang mampan dan boleh dikitar semula. Setakat ini, Ford mengumumkan kerjasama mereka dengan Jose Cuervo untuk meneroka penggunaan hasil sampingan kilang pengeluaran tequila untuk membangunkan lebih banyak bahan bioplastik yang lebih mampan untuk digunakan dalam kereta mereka.

KLIK UNTUK BESARKAN

ford-buluh janet-yin-ford-1 janet-yin-ford-2

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

3 Comments

Leave a Reply