ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ford siar video acah Ranger generasi baharu

Berita Global

Views
Ford Ranger : Tested to the Extreme

Ford mula ‘mengusik jiwa’ para peminat trak pikap dengan menyiarkan video acah Ranger generasi baharu yang bakal dilancarkan tahun hujung tahun ini. Reka bentuk dan kejuruteraan generasi baharu Ranger ini dibuat di Australia.

Video acah ini memaparkan keupayaan jentera off-road itu diuji dengan pelbagai keadaan bentuk muka bumi seperti kerikil, pasir, batu, salji. Ford Australia mengesahkan yang model baharu Ranger akan mula dipasarkan pada tahun depan.

Unit ujian Ranger generasi baharu telah beberapa kali dikesan di Eropah dan Amerika Syarikat. Buat masa ini, Ford masih menyembunyikan rupa sebenar trak pikap ini dengan celoreng penyamaran.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Namun, kita masih dapat melihat imbasan reka bentuk lampu depan LED yang disusun melintang mirip model F-150, jeriji bersaiz besar dan fender yang berotot.

Ford mengatakan Ranger generasi baharu ini memiliki “keunggulan off-road yang dipadankan dengan DNA pemanduan yang dinamik” dan ia diwar-warkan sebagai “model Ranger yang paling gagah, berkebolehan, terhubung dan serba boleh”.

Ranger generasi baharu dibangunkan dari kerangka-tangga T6 yang dipertingkatkan yang turut dikongsi bersama Ford Bronco.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Pilihan enjin yang ditawarkan, termasuklah enjin 2.3-liter EcoBoost empat-silinder dengan 300 kuasa kuda, enjin 2.7-liter EcoBoost V6 dengan 330 kuasa kuda dan berkemungkinan enjin 3.0-liter EcoBoost V6 dengan 400 kuasa kuda.

Sebahagian dari pasaran termasuklah dari Eropah dan Australia akan turut menerima enjin 2.0 EcoBlue bi-turbo empat-silinder diesel. Paling penting, Ranger generasi baharu bakal menjadi model yang pertama mendapat varian hibrid plug-in.

Desa-desus mengatakan, ia akan dipadankan dengan enjin 2.3 EcoBoost bersama sebuah motor elektrik yang mampu menghasilkan 362 kuasa kuda. Pelancaran rasmi Ranger baharu dijadualkan sebelum akhir tahun ini dan di Amerika Syarikat ia akan dilancarkan tahun depan sebagai model 2023.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply