ARKIB

KATEGORI

Buletin

Foto acah kedua trak elektrik semi Tesla mula tular di laman maya

Views

Tesla sekali lagi mengusik netizen dengan mengeluarkan foto acah kedua trak elektrik semi yang bakal diperkenalkan secara rasmi pada 16 November 2017 di pusat rekabentuknya yang terletak di Hawthorne, California. Seperti foto acah sebelumnya, foto terbaharu ini turut memperlihatkan sebahagian daripada elemen rekabentuk utama pada trak tersebut seperti lampu hadapan LED, penutup rim, cermin hadapan yang melengkung dan kali ini kita dapat melihat barisan lampu yang nipis di atas cermin hadapan.

Tesla pada awalnya merancang untuk memperkenalkan trak ini pada 25 Oktober, namun pada awal bulan lalu mereka mengumumkan untuk menunda tarikh tersebut ke bulan ini disebabkan oleh masalah yang dihadapi pengeluar kereta tersebut berkenaan pengeluaran Model 3. Buat masa ini hanya sedikit sahaja info mengenai trak tersebut dan dikhabarkan trak ini mampu bergerak sejauh 321-482 km untuk sekali cas penuh.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply