ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

Foto acah Proton X90 (VX11) dah keluar? Bukan, ini cuma versi The Ajerul semata-mata

Impresi Artis

Views

Keterujaan peminat Proton yang sudah masuk tahun ketiga menantikan kemunculan model crossover MPV sulungnya, X90 (VX11) sudah tidak mampu dibendung lagi.

Akaun Facebook rasmi rakan sekutu kami The Ajerul mula mempermainkan perasaan warganet dengan menyiarkan dua foto acah tidak rasmi model tersebut.

Ajerul yang juga pakar dalam manipulasi foto digital telah menghasilkan foto acah X90 (VX11) dari pandangan hadapan dan belakang.

Foto pertama dari hadapan, menampilkan kemasan bermotifkan Infinite Weave dan Ethereal Bow pada jeriji yang kini menjadi identiti reka bentuk Proton.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Cuma kali ini susunan Infinite Weave lebih halus dan rapat, serta diselangi butiran berbentuk potongan berlian dengan kemasan krom berkilat.

Ini mungkin merupakan evolusi jeriji Infinite Weave 2.0 yang akan mula digunapakai pada X90 (VX11), model sedan S50 (SS11) dan seterusnya dipakai kepada model-model lain secara berperingkat.

Mungkin juga Infinite Weave 2.0 akan turut digunakan pada model yang akan dikemaskini (MC) untuk tahun ini, iaitu X70 MC2 dan X50 MC1.

Foto kedua menampilkan bahagian belakang dan kelihatan tulisan Proton di antara dua lampu. Meskipun ia sekadar imej manipulasi digital, tetapi dengan kepakaran yang ada pada Ajerul, hasilnya nampak ‘realistik’.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Ia sekali gus memberi gambaran awal rupa sebenar X90 (VX11). Ejen perisik kami Mat Bond memaklumkan, X90 (VX11) akan ditawarkan dengan empat pilihan varian, iaitu Standard, Executive, Premium dan Flagship.

Kesemuanya akan dikuasakan oleh enjin 1.5TGDi (1.5 TD) yang telah menerima penalaan semula dan dikatakan mampu menjana 190 kuasa kuda dan 300Nm daya kilas.

Enjin ini digandingkan bersama transmisi 7-kelajuan DwiCekam (7-DCT). Ada enam warna yang bakal menjadi pilihan, iaitu Snow WhiteArmour SilverJet GreyCinnamon BrownSpace Grey dan satu warna baharu iaitu Deep Marine Blue.

X90 (VX11) versi Malaysia juga akan menggunakan suspensi jenis berbilang pautan (multi-link) di belakang, tidak seperti kembarnya, Okavango di Filipina yang hanya menggunakan jenis rasuk kilasan (torsion beam).

Pada ketika ini X90 (VX11) berada pada peringkat akhir percubaan sebelum beralih ke fasa pra-pengeluaran yang dijangka pada bulan Mac nanti. Dijangka pelancaran rasminya akan dibuat menjelang pertengahan tahun 2023.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit The Ajerul

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply