ARKIB

KATEGORI

Tular

Foto Bezza guna plat “FF 2” sebenarnya dah disunting, nombor yang betul “KFF 2”

Tular

Views

Kereta Perodua Bezza yang didakwa menggunakan nombor pendaftaran FF 2 berharga RM638,000 seperti tular di media sosial, disahkan hanya gambar suntingan.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Zailani Hashim berkata, semakan pihaknya mendapati nombor asal kenderaan terbabit adalah KFF 2 dan bukan seperti ditularkan.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Beliau mengesahkan warganet menyunting bahagian nombor plat kenderaan itu sekali gus mengubah nombor asalnya.

Secara amnya, JPJ tiada isu jika nombor pendaftaran FF 2 didaftarkan pada mana-mana kenderaan, sekali pun pada motosikal.

Ini kerana, pihak kerajaan/JPJ sudah menerima sejumlah bayaran oleh pembida yang berjaya semasa sesi bidaan (dalam talian @JPJebid), untuk nombor berkenaan.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Bagaimanapun, situasi adalah berbeza jika setelah siasatan pihak jabatan mendapati bahawa wujud modifikasi kepada nombor pendaftaran daripada KFF 2 kepada FF 2.

Zailani berkata, jika terbukti berlaku kesalahan modifikasi nombor pendaftaran, tindakan penguatkuasaan boleh diambil atas kesalahan pemalsuan nombor plat kenderaan.

Katanya, siasatan boleh dibuat mengikut Seksyen 108(3)(e) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333). – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit @KevinAhFai

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply