ARKIB

KATEGORI

Foto Tiris

Foto Honda Amaze generasi ketiga di pusat pengedar ‘tertiris’!

Foto Tiris

Views

Inilah dia wajah sebenar model sedan segmen-A, Honda Amaze generasi ketiga (2025) yang bakal membuat debut globalnya di India pada 4 Disember nanti.

Model ini sememangnya jauh berbeza dengan model semasa dengan menampilkan reka bentuk serba baharu yang menggabungkan elemen rekaan dari model-model Honda sedia ada seperti CityHR-V dan Elevate (WR-V di Jepun).

Unit bilik pameran yang dirakam ini juga menampilkan warna baharu iaitu Obsidian Blue. Dari hadapan, Honda Amaze 2025 menampilkan gaya rekaan dari model SUV kecil Elevate terutama bentuk lampu dan juga jerijinya.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Dari arah sisi, ia masih dibayangi oleh model semasa dengan garis bumbung yang tinggi, tidak seperti lakaran yang dipaparkan tempoh hari.

Di belakang, ia terus mengingatkan kita kepada model sedan segmen-B, iaitu City terutama sekali lampu dan bentuk pintu butnya.

Di ruang kabin pula, rekaan papan pemuka juga dipinjam dari Elevate dan menampilkan paparan unit inforia terapung bersaiz 8-inci dengan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay nirwayar, kelompok instrumen separa -digital serta kemasan dalaman dwitona.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Amaze 2025 turut dilengkapi dengan pendingin hawa automatik, bolong pendingin hawa belakang, dan pengecas telefon pintar nirwayar, manakala varian mercunya pula ditawarkan dengan bumbung suria.

Dari segi keselamatan, Amaze 2025 didatangkan dengan enam beg udara, ABS dengan EBD, bantuan mendaki, penderia parkir dengan kamera undur serta Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) yang merangkumi ciri seperti bantuan kekal lorong, kawalan jelajah adaptif dan brek kecemasan kendiri.

Amaze 2025 dijangka masih mengekalkan rangkaian kuasa yang sama, iaitu enjin petrol 1.2-liter empat silinder i-VTEC yang menjana output sebanyak 90 kuasa kuda dan 110 Nm daya kilas.

Enjin ini dipadankan dengan pilihan transmisi manual ataupun CVT. Honda juga dijangka bakal memperkenalkan Amaze 2025 dengan varian Gas asli termampat (CNG) pada masa akan datang.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Tushar Kevadiya

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply