Tular beberapa foto di laman Instagram b_channel_indonesia yang memaparkan kelibat sebuah SUV kompak yang dikatakan versi pengeluaran Honda SUV RS Concept.
Model konsep yang dipamerkan semasa Gaikindo Indonesia International Auto Show 2021 itu dikatakan bakal menjadi ‘seteru kuat’ kepada kembar tiga Daihatsu Rocky, Toyota Raize dan Perodua Ativa.
Menerusi foto-foto yang tersebar itu, kita dapat melihat gaya reka bentuk SUV RS Concept yang telah diolah semula menjadi versi pengeluaran.
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
Paling ketara adalah pada bahagian lampu depan dan belakang, jeriji dengan kemasan krom dan logo RS, serta bentuk bamparnya. Ia tidaklah terlalu ekstrem jika dibandingkan dengan versi konsep.
Selain rekaan depan dan belakang, ada satu foto yang ‘paling mencuri tumpuan’ kami. Ia memaparkan logo WR-V pada paparan grafik antara muka unit infohibur model SUV kompak tersebut.
Ini secara tidak langsung mengesahkan model ini sebenarnya adalah WR-V generasi baharu. Menurut info dari beberapa portal permotoran di Indonesia, model ini bakal ditawarkan dengan lima pilihan varian.
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
Ia dikuasakan oleh enjin petrol 1.5 liter aspirasi alami (NA) yang turut dikongsi bersama dengan City dan City Hatchback. Enjin yang digandingkan dengan pilihan transmisi manual dan CVT ini mampu menjana 121 PS dan 145 Nm daya kilas.
Model yang disasarkan untuk pasaran Indonesia dan juga rantau ASEAN ini turut berpotensi untuk di bawa ke Malaysia. Adakah ia bakal menggugat ‘ketuanan’ Ativa yang sedang mendominasi pasaran SUV segmen-A ketika ini?
Sama-sama kita nantikan!
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit b_channel_indonesia
Honda SUV RS Concept
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
KOMEN TERKINI