ARKIB

KATEGORI

Buletin

Foto Hyundai Sonata generasi baharu bocor – Reka bentuk lampu belakang tiru Civic ketam?

Berita Global

Views

Baru-baru ini tular beberapa foto tiris yang dikatakan model generasi baharu Hyundai Sonata di laman forum berbahasa Korea Sonata XF. Apa yang mencuri perhatian kami adalah reka bentuk lampu belakangnya yang mirip dengan model Honda Civic ketam (Civic FC – Generasi ke-10).

Dalam temu bual bersama Motortrend awal bulan ini, SangYup Lee, ketua Global Design Center di Namyang, Korea berkata model generasi ke-8 Sonata ini bakal memberi impak yang sama seperti model Sonata 2011 yang mempunyai gaya rekaan coupe.

Walaupun foto-foto yang tertiris ini hanya memperlihatkan sebahagian daripada rupa keseluruhan model tersebut, ternyata reka bentuk generasi baharu ini nampak lebih mantap dan aggresif berbanding model sebelumnya. Generasi ke-8 Sonata juga mewarisi lenggok reka bentuk dari model konsep ‘Le Fil Rouge’ yang menjadi tumpuan ramai semasa Geneva Motor Show pada tahun lepas.

JOM BACA >> INTIP: Proton X50 dikesan sekitar Ampang dan Jalan Kuching

Namun seperti biasa, apabila tiba ke peringkat pengeluaran, ia tidak terlalu radikal seperti model konsep. Rekaan dalamannya pula nampak lebih mewah berbanding model sebelumnya dan dijangka kualitinya juga akan lebih baik. Difahamkan model ini bakal dikuasakan oleh beberapa pilihan enjin untuk pasaran Amerika Utara.

Antaranya, enjin 2.0 liter turbo yang sama atau dipertingkatkan dari model semasa yang mampu menjana 245 kuasa kuda, enjin N/A  2.4 liter (185 kuasa kuda) selain pilihan enjin hibrid 2.0 liter (193 kuasa kuda) dan plug-in hibrid (202 kuasa kuda). Namun setakat ini belum ada maklumat sahih diperolehi dari pihak Hyundai.

Kedengaran juga khabar angin mengatakan model ini bakal mempunyai versi N yang bakal dikuasakan oleh enjin 2.5 liter turbo baharu, namun tidak pasti sama ada ia diterima oleh pasaran ataupun tidak. Mungkin model versi N Line nanti hanya tampil dengan perubahan visual dan talaan casis, yang mana ia lebih kena dengan pasaran.

Berkemungkinan kita bakal melihat foto rasmi pertama model ini dalam masa beberapa minggu lagi. Hyundai Sonata generasi baharu akan membuat penampilan pertamanya di New York Auto Show pada bulan April kerana pengeluar kereta Korea tersebut tidak akan menyertai Geneva Motor Show bulan depan. Model versi Eropahnya pula bakal muncul di Frankfurt Motor Show pada musim luruh nanti.

JOM BACA >> INTIP: Kelibat unit ujian pertama Proton X50 berjaya dikesan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply