Baru-baru ini gempar juga di beberapa portal automotif luar negara yang memaparkan beberapa foto kelibat sebuah protototaip ujian yang dikatakan model generasi baharu Honda/Acura Integra Type R.
Foto-foto yang telah dimuatnaik oleh akaun Instagram dc7_integra itu memperlihatkan sebuah model coupe yang sarat dengan pelitup celoreng penyamaran di temui sekitar Ohio.
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
Namun keterujaan para peminat jenama ‘H’ terus terbantut setelah portal permotoran, Motor1.com mendedahkan yang foto-foto tersebut adalah palsu.
Menurut mereka, perkara tersebut telah disahkan oleh Acura dan difahamkan ia sebenarnya hasil karya artis manipulasi foto yang berkemahiran tinggi.
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
Kata jurucakap Acura, Chris Naughton, pihaknya menghargai minat untuk produk masa lalu, namun kenderaan yang digambarkan itu bukanlah prototaip pembangunan Honda mahupun Acura.
Kami pun turut curiga dengan foto-foto ini dan kebetulan pula ada rekaan model tersebut mirip dengan karya digital yang telah dimuatnaik di Instagram milik jrubinsteintowler.
Mungkinkah individu yang sama sengaja mencipta ‘foto intip’ palsu ini bagi menarik perhatian peminat automotif global? Terpulanglah kepada anda untuk menilainya.
KLIK UNTUK BESARKAN
Gambaran digital Honda Integra Type R rekaan jrubinsteintowler
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
KOMEN TERKINI