ARKIB

KATEGORI

Buletin

Foto kereta lumba F1 2022 bocor lebih awal

Sukan Permotoran

Views

Meskipun musim Formula 1 2021 masih berbaki tujuh pusingan lagi, kita akhirnya dapat melihat lebih awal bagaimana rupa kereta lumba untuk musim hadapan setelah peraturan sukan tersbut dirombak. Foto kereta lumba 2022 bocor lebih awal, sebelum pengenalan rasminya di Silverstone, kira-kira sebulan dari sekarang.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Kereta baharu ini disasarkan untuk memperbaiki segala kesilapan yang ada pada kereta sedia ada, terutama sekali saiznya yang terlalu besar dan menghasilkan terlalu banyak gangguan aerodinamik. Masalah ini menyebabkan kereta tersebut lebih sukar untuk diekori, sekali gus mengakibatkan kurangnya aksi memotong dan roda-bertemu-roda.

Menerusi foto yang tular di portal LiveGP, reka bentuk kereta baharu ini lebih licin dan ringkas bagi mengurangkan pergantungan pada sayap dan gangguan aero yang lain, dan sebaliknya menggunakan perkara-perkara seperti kesan tanah untuk mendapatkan semula downforce yang hilang.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Model CADnya pula telah menunjukkan kereta tersebut lebih pendek dari yang sedia ada, menjadikannya lebih kecil dan memudahkan para pelumba untuk memotong. Tidak kelihatan dalam foto tersebut adalah rodanya, yang akan bertambah diameter dari 13-inci kepada 18-inci pada tahun depan.

Namun harus diingatkan, ini hanyalah kereta yang dibuat untuk majlis pengenalan, dalam kata lain, kita akan dapat melihat perubahan reka bentuk mengikut kehendak pasukan yang bertanding. Walau apapun yang berlaku, diharapkan kereta ini akan menjadikan perlumbaan lebih sengit dan persaingan yang lebih terbuka.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit LiveGP.IT

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply