ARKIB

KATEGORI

Spyshots

Foto penuh bahagian hadapan Perodua Bezza 2020 (facelift) – Nampak lebih moden!

Foto Intipan

Views

Hari ini tular satu lagi foto terbaharu Perodua Bezza 2020 (facelift) telah dikongsikan ke laman Facebook rasmi pemilik Bezza, Perodua Bezza Owners Club Malaysia (PBOCM). Foto tersebut telah dimuat naik oleh William Fui, namun beliau mengatakan sumber asal foto ini adalah dari laman yang lain.

JOM BACA >> Foto terkini Perodua Bezza 2020 (facelift) mula berlegar di media sosial, termasuk foto papan pemuka dan panel meter

Akhirnya kita sudah boleh melihat keseluruhan wajah baharu Bezza 2020 yang sememangnya sangat ber’beza’ berbanding model semasa. Kami berpendapat ada dua model menjadi rujukan para pereka Perodua untuk rekaan hadapan Bezza 2020, iaitu Toyota Vios dan Honda City.

Muka baharu Bezza kini lebih moden dan nampak seperti sedan yang berada dalam segmen-B. Mungkin itulah yang dirancang oleh pereka Perodua supaya imej Bezza nampak lebih premium, terutama sekali penggunaan lampu hadapan jenis LED.



JOM BACA >> INTIP : Wajah baharu Perodua Bezza facelift terdedah!

Bentuk lampu yang lebih ringkas dan tirus jauh lebih baik berbanding sebelumnya. Nampaknya pereka Perodua sudah peka dan nampak ‘kekurangan paling ketara’ pada rekaan terdahulu. Rekaan bampar depan yang berkonsepkan “X” berjaya memberikan visual yang lebih kemas dan sporty, serta mengikut gaya model-model semasa Perodua.

Pada pandangan penulis, Bezza 2020 sudah pasti bakal membuat pesaing terdekatnya ‘tidak senang duduk’ dan ia sememangnya bagus kerana yang paling beruntung dalam persaingan ini adalah pengguna. Ini kerana pengguna akan mendapat produk yang lebih baik pada harga mampu milik. Untuk mengetahui apa yang bakal ditwarkan pada Bezza 2020, ketik sahaja pautan ini.

Apa pula pendapat anda?

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Perodua Bezza facelift?
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagangan untuk beberapa nama termasuk S30, S50, V50, V70 dan C50 di MyIPO
JOM BACA >> MESTI BACA: 10 model yang paling dinantikan tahun 2020
JOM BACA >> INTIP: Lynk & Co 03+ dikesan sekitar Kuala Lumpur
JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply