ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

Foto Proton Ertiga bolos lagi

Views

Kami mendapat sekeping lagi foto bocor Proton Ertiga yang baharu sahaja dikirimkan sebentar tadi. Jika sebelum ini, kita dapat menyaksikan bahagian belakang dan sisi, kini tiba giliran wajah hadapan anak angkat terbaharu Proton dengan Suzuki diperlihatkan. Nampak gaya Ertiga versi Malaysia ibarat tiada beza dengan saudaranya dari Indonesia, hanya logo Proton sahaja yang mengambil alih tempat lencana Suzuki.

Apa yang kami tahu Ertiga versi Proton juga masih berkongsi jantung sama berkapasiti 1.4L yang mampu menghasilkan 90hp dan daya kilas 130Nm. Melalui informasi dari rakan media kami di pandulaju.com.my, kemasan fabrik dari model asal akan digantikan dengan balutan kulit, mungkin selera orang Malaysia lebih berahi dengan kemasan tersebut yang nampak lebih gah dan mewah.

Kami difahamkan Proton kini sedang pening untuk meletakkan tanda harga model ini disebabkan beberapa faktor dan mereka juga sedang menangani isu kualiti. Hasrat untuk melihat model ini dilancarkan pada 11 November nanti bakal terbantut kerana ia akan ditunda ke hujung bulan atau pada Disember. Jadi kelibat Ertiga mungkin masih dibawah selimut atau tidak akan dibawa langsung ke Malaysia Autshow minggu depan.

Buat masa ini anda perlu menyilang jari dan berharap Proton tidak akan letakkan tanda harga Ertiga lebih mahal dari pesaing terdekatnya Perodua Alza. Sekiranya ia terjadi juga, mungkin selepas ini model celup Suzuki yang guna lambang Proton, gerenti harganya bakal mengikut jejak Ertiga juga. Tunggu je lah ye!

foto-ertiga-bocor-lagi-depan

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

5 Comments


  • Mmm… formula utk ertiga sememangnya adalah faktor harga. Harga kena lebih murah drp Alza. Pertama, model mini MPV nie didatangkan dgn CKD drp pengeluarannya di Indonesia. Harga sepatutnya lebih rendah drp harga pasaran suzuki Ertiga kerana kos dah jimat berbanding CBU. Even dh jadi kereta nasional, terlepas drp cukai kereta luar dll.. Kedua, model salin semula nie x banyak modifikasi bermakna kos RnDnya kurang ditambah lagi JV proton/suzuki sudah tersedia jaringan fasiliti/teknikal/kepakaran suzuki digunapakai oleh proton.

    Cheers!


  • Jika Ertiga kekal sebagai mini-MPV bajet 4-bintang Asean NCAP, maka harganya di bawah 55k.. Tetapi Jika Ertiga dalam kategori mini-MPV premium 5-bintang Asean NCAP maka harganya di bawah 75k..

    Kolaborasi Suzuki-Proton perlu lebih luas lagi dimasa akan datang.. Proton ada teknologi enjin terbarunya yang sedang dibangunkan boleh dikongsi dengan Suzuki dan Suzuki ada pelbagai segmen kenderaan yang belum dibina oleh Proton antaranya SUV, pickup, trak termasuk lori kecil sehingga 3 tan yang boleh dikongsi teknologi pembangunannya..


  • Ertiga rasanya diletakkan dalam kategori mini MPV Bajet. Ertiga tak mungkin lebih premium berbanding Exora. Tuntutan pasaran di Asia tenggara, permintaan lebih kepada Kenderaan MPV bajet.

Leave a Reply